Syamsul Saad Sedia Menghidupkan Kembali Bola Sepak Kelantan United

Kelantan United yang beraksi di saingan Liga Premier bakal mendapat sentuhan jurulatih baharu musim ini apabila Syamsul Saad sah dilantik sebagai jurulatih pasukan dan berkuat kuasa sejak semalam bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Jelas Wan Zul Ikman selaku Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, pelantikan Syamsul yang sebelum ini pernah mengemudi pasukan Feeder Perak adalah bagi menggantikan pengendali sebelum itu, Nazrulerwan Makmor.

“Syamsul dipilih membimbing Kelantan United pada musim ini kerana beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam suasana bola sepak negara, malah beliau pernah membimbing pasukan besar seperti Perlis dan Perak untuk saingan Liga M,”jelas beliau kepada Bernama.

“Kehadiran beliau diharapkan mampu untuk memberi perubahan kepada corak permainan pasukan agar mampu memberikan saingat sengit kepada pasukan lain yang beraksi dalam Liga-M khususnya dalam saingan Liga Premier.”

Selain itu, Wan Mohd Razul berkata pihaknya turut melantik bekas pemain Kelantan, Khairan Eroza Razali sebagai penolong jurulatih supaya dapat memperkasakan lagi pasukan Kelantan United menjadi lebih baik berbanding tahun lalu untuk seia memberi cabaran kepada mana-mana lawan.

“Jurulatih muda berusia 42 tahun itu dilihat mempunyai pengalaman yang cukup baik dalam saingan Liga-M kerana ketika zaman beliau sebagai seorang pemain bola sepak, Khairan pernah mewakili beberapa pasukan seperti Kelantan, Pahang, dan Pulau Pinang antaraa 2001 sehingga 2013.

“Gabungan dua jurulatih ini diharapkan mampu memberi impak kepada taktikal pasukan sekali gus melonjak kepada sasaran untuk berada dalam kedudukan lima pasukan terbaik saingan Liga Premier musim ini,” katanya.

Beliau turut berkata pihak Kelantan United turut mengekalkan khidmat jurulatih penjaga gol, Ismail Chawalit Abu Bakar kerana tenaga dan pengalaman beliau amat ditagih dalam membentuk penjaga gol muda menjadi lebih matang.

“Pengalaman yang dimiliki Ismail Chawalit amat ditagih bagi melatih penjaga gol muda pasukan ini, kerana corak latihan yang beliau terapkan sebelum itu telah berjaya melahirkan penjaga gol kebangsaan seperti Khairul Fahmi Che Mat serta beberapa nama penjaga gol lagi yang dilihat berjaya menempatkan diri dalam bola sepak tempatan,” katanya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN