Syamsul Saad kini sudah sah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Perlis – lapor Arena Harimau Malaysia.
Beliau yang merupakan bekas pengendali pasukan Perak kini dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan untuk pasukan Perlis yang sudah lama mengalami zaman gelap dalam kancah bola sepak mereka.
Dijangka
Pelantikan beliau sudah pun dijangka oleh kebanyakan peminat terutamanya peminat Perlis selepas kelibat Syamsul dikesan ketika beliau menyaksikan perlawanan melibatkan Perlis di Kangar tempoh hari.
Ia kemudiannya ditambah dengan penafian bekas jurulatih Pulau Pinang, Jackson F. Tiago yang dikaitkan dengan kepulangan beliau ke Liga Malaysia.
Beliau berkata beliau lebih selesa untuk menjadi jurulatih di Indonesia ketika ini.
Perubahan menanti
Menurut sumber, Syamsul dijangka akan melakukan perubahan di dalam skuad Perlis.
Hal ini kerana, Syamsul mahu melakukan rombakan terhadap barisan kejurulatihan pasukan Perlis sebagai langkah awal mahu mengubah nasib pasukan Singa Utara.
Langkah seterusnya adalah membawa pemain-pemain baharu ke dalam skuad Perlis dan ia hanya akan berlaku ketika jendela perpindahan Liga Malaysia kembali dibuka.
Apa pun, selamat datang dan semoga berjaya buat Syamsul Saad di Perlis!
Baca juga: Bintang Negeri Sembilan & Terengganu Antara Calon Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana