Isu Jari Tengah, Syamim Yahya Mohon Maaf Di Instagram

Pemain Pahang, Syamim Yahya telah melakukan permohonan maaf di laman Instagramnya atas satu kesilapan yang dilakukan beliau semalam.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain FELDA United itu, telah memohon maaf selepas beliau menunjukkan isyarat lucah iaitu isyarat jari tengah ketika aksi Melaka United menentang Pahang semalam.

Tak sedar langsung

Dalam perlawanan yang mendapat siaran langsung di TV3 itu telah menyaksikan Syamim melakukan isyarat tersebut ketika perlawanan sedang berlangsung.

Aksi beliau itu yang kemudiannya mendapat perhatian lensa kamera terus merakam perbuatan tersebut.

Insiden Syamim menunjukkan jari tengah yang berjaya dikesan kamera.

Hasilnya? Satu Malaysia dapat menonton perbuatan tersebut.

Perbuatan tersebut telah menimbulkan reaksi yang bercampur-campur di laman sosial.

Tetapi bagaimana pun, Syamim telah muncul di Instagram dan melakukan permohonan maaf mengenai insiden tersebut.

Syamim dalam permohonan maafnya mengatakan yang beliau lupa yang perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang dilangsungkan secara langsung.

“Saya mohon maaf kepada semua penyokong. Saya buat sedemikian (tunjuk jari tengah) hanya sebagai lawak jenaka sahaja kepada bekas rakan sepasukan saya.”

“Saya lupa yang perlawanan itu dilangsungkan secara langsung. Maaf dan saya janji ia tak akan berlaku lagi.”

Permohonan maaf itu dilakukan selepas Syamim sebenarnya menunjukkan isyarat tengahnya kepada 2 bekas rakan sepasukan iaitu Isma Alif dan juga Ezrie Shafizie.

Pemohonan maaf itu dilakukan sejurus perlawanan tamat yang menyaksikan Pahang menang 3-1.

Jangan buat lagi ya, Syamim!

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Ashaari Mencantumkan Dua Garisan Dengan Efektif, Melaka Rapuh Bertahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN