Syamer Kutty Abba: “Tiada Jaminan, Saya Perlu Kerja Keras”

“Alhamdulillah, semua pemain gembira dan latihan berjalan seperti biasa,” ujar pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba mengenai keadaan para pelatih di kem latihan pusat skuad B-23 negara.

Latihan pusat kedua sedang dijalankan di Mokpo, Korea Selatan bermula pada 18 hingga 30 Disember ini, dan cuaca serta suhu di Mokpo ketika ini adalah sejuk, iaitu dalam lingkungan -1 hingga 3 darjah Celcius.

Ia mungkin cuaca dan suhu yang sesuai untuk skuad B-23 tahun belajar untuk membiasakan diri sebelum berangkat ke Jiangsu, China, pada awal bulan hadapan.

Menurut laman sesawang pelancongan, China Highlights, cuaca dan suhu di Jiangsu, China, pada bulan Januari adalah yang paling sejuk iaitu di antara -1 hingga 3.3 darjah Celcius.

Sesi latihan di Makpo, Korea Selatan. Foto: Facebook FAM.

“Kami sedang menyesuaikan diri kami dengan cuaca di sini. Dan mungkin ia akan mengambil sedikit masa.

“Dan insyaAllah, kami tidak akan hadapi masalah dengan cuaca sejuk nanti,” jelas pemain berusia 20 tahun itu kepada Semuanya BOLA mengenai tahap kebersediaan para pemain dengan cuaca sejuk nanti.

Selain itu, Syamer turut meluahkan rasa bersyukur kerana telah dikekalkan oleh ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai sesi kedua latihan pusat kali ini.

Pengalamannya bersama skuad Sukan SEA dan skuad kebangsaan sebelum ini pastinya akan membantu Syamer untuk terpilih dalam skuad akhir. Namun, Syamer menafikan perkara tersebut.

Syamer (kanan) bersama skuad kebangsaan. Foto: South China Morning Post

“Tiada jaminan untuk saya. Yang penting saya perlu bekerja keras di latihan dan saya perlu tunjukkan sesuatu kepada jurulatih,” ujar Syamer mengenai peluangnya untuk tersenarai dalam skuad akhir.

Menurutnya, perkara paling penting ketika ini adalah kerjasama di kalangan rakan sepasukan dan juga kerja keras setiap pemain ketika dalam sesi latihan.

Dan perkara ini juga telah ditekankan oleh Kim Swee, bahawa pengalaman bukanlah ‘tiket’ buat sebahagian pemain berpengalaman untuk tersenarai dalam skuad akhir nanti.

Bercakap kepada Berita Harian, Kim Swee tidak memandang samaada pemain tersebut pernah beraksi bersama skuad senior atau sebagainya. Itu bukan kriteria utama.

“Mereka masih perlu membuktikan kemampuan masing-masing, sama seperti pemain lain.

“Ini adalah peringkat tertinggi kejohanan remaja Asia, justeru, mereka perlu mempunyai sikap positif selain mahu beraksi pada tahap terbaik masing-masing,” ujar Kim Swee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN