Syamer Kutty Hargai Kehadiran Pemain Malaysia Untuk Saingan AFF 2024

Pemain kebangsaan Malaysia iaitu Syamer Kutty Abba menjadi antara pemain senior yang bakal membawa cabaran negara untuk saingan Piala Asean 2024 yang akan bermula pada Ahad ini.

Selaku antara kapten skuad kebangsaan, sudah tentu Syamer memiliki tanggungjawab cukup besar untuk membimbing muka-muka baharu serta pemain muda di atas padang sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Apatah lagi, Syamer bersama rakan sepasukan lain turut membawa pengharapan ramai peminat yang mahu menyaksikan kejayaan Malaysia di pentas Asia Tenggara tersebut.

Disebabkan itu pemain tonggak Penang tersebut tampil dengan keyakinan cukup tinggi untuk meraih keputusan positif di kejohanan tersebut walau tidak dibarisi oleh ramai tonggak berpengalaman.

Melihat kepada kehadiran ramai pemain-pemain baharu itu juga, Syamer juga menyatakan mereka dapat mengumpul pengalaman serta menguji kemampuan sebenar di pentas antarabangsa.

“Kita tahu yang kita kesuntukan masa untuk buat persiapan tapi kita tahu idea jurulatih nak dan apa yang kita perlu buat, jadi saya harap kita dapat menyesuaikan diri dengan cepat untuk perlawanan pertama.

“Ini adalah peluang untuk pemain-pemain berbuat sesuatu untuk negara dan kita tahu kita tidak berpeluang untuk dapatkan semua pemain tapi kita hargai kepada semua yang datang dan akan memberikan sesuatu buat pasukan negara,” ujar beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Untuk aksi pertama ini, Harimau Malaya bakal menghadapi Kemboja di Phnom Penh bagi peringkat Kumpulan A di Stadium Olimpik dalam usaha untuk meraih kemenangan sulung.

Pada masa pertama, pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga menyifatkan keputusan positif diraih Malaysia nanti bakal menjadi hadiah perpisahan terbaik mereka bersama pengendali, Pau Marti Vicente.

Seperti diketahui, Pau Marti Vicente yang kini merupakan jurulatih utama Malaysia menyatakan saingan Piala Mitsubishi Electrin ASEAN 2024 merupakan tugasan terakhir beliau.

Hal itu dinyatakan sendiri Pau Marti menerusi media rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam dan secara tidak langsung desas desus spekulasi baharu mula bermain dalam kalangan peminat.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya,” ujar Pau Marti.

“Semua orang tahu jurulatih sudah lama dengan pasukan kebangsaan dan pengumuman oleh beliau memberi impak kepada kami namun kami harapkan kejohanan ini dapat dijadikan sebagai hadiah perpisahan yang baik untuk beliau selepas apa yang beliau sudah lakukan untuk pasukan,” kata Syamer lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN