Syahmi Zamri: “Tiada Jalan Pintas Untuk Jadi Terbaik”

Penyerang muda Terengganu iaitu Syahmi Zamri pastinya menjadi individu paling gembira ketika ini selepas sumbangan gol beliau memastikan Sang Penyu mencatat keputusan seri dalam perlawanan kedua saingan AFC.

Terengganu sebelum itu terpaksa menghadapi laluan berliku pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan G selepas ketinggalan di tangan Bali United 0-1 sebelum kembali mengikat keputusan penuh 1-1 hasil jaringan Syahmi.

Beraksi buat pertama kali dalam saingan AFC, jelas ini memberi satu lagi pengalaman baharu buat Syahmi dalam usaha beliau untuk menjadi pemain lebih matang pada masa hadapan.

Malah, Syahmi juga menganggap tiada jalan mudah dilalui beliau selama ini untuk mendapat tempat bersama pasukan utama selain perlu berusaha lebih keras.

Pemain tersebut sebelum itu mencipta momentum cukup positif bersama Terengganu II dalam saingan Piala MFL bawah kendalian Hairuddin Omar sebelum mendapat perhatian Tomislav Steinbruckner.

Hasilnya beliau membalas kepercayaan tersebut menerusi satu jaringan berharga ketika Terengganu merekodkan kemenangan 2-0 mengatasi Selangor.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, beliau mengakui perjalanan semasanya masih lagi berliku dan memerlukan lebih banyak panduan terbaik untuk tampil lebih tajam di hadapan gawang gol.

“Tiada jalan pintas untuk menjadi pemain terbaik melainkan perlu berusaha lebih gigih lagi selain berguru dengan barisan kejurulatihan.

“Jadi peluang yang diberikan jurulatih (Tomislav Steinbruckner) dalam setiap perlawanan akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi prestasi diri.

“Terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang memberikan kepercayaan kepada saya berada dalam skuad utama,” kata pemain tersebut menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Syahmi juga mengakui sangat gembira ketika nama beliau muncul selaku penjaring gol bagi saingan AFC di mana, tidak mudah peluang itu untuk diraih pemain muda sepertinya.

“Siapa yang tidak gembira dapat menjaringkan gol, lebih-lebih lagi jaringan pertama di pentas Asia selain jaringan itu penting buat pasukan, lagipun bukan mudah kerana pemain Bali United bagi saingan yang hebat.

“Namun syukur pasukan kami dapat menyamakan kedudukan, satu mata sudah cukup, tapi sebenarnya saya belum puas dengan prestasi diri serta tidak berasakan diri begitu bagus.

“Jadi jika diberi peluang oleh jurulatih, saya tekad untuk memperbaiki corak permainan, lagipun bukan mudah untuk berada dalam skuad, terima kasih kepada rakan sepasukan yang menyokong,” kata Syahmi akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN