Syahmi Safari: Tiada Yang Mustahil Buat Selangor Untuk Cipta Kejutan

Syahmi Safari

Aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Selangor pada malam ini bakal menjadi tumpuan apabila skuad bimbingan Benjamin Mora itu berada dalam mood terbaik untuk terus mencatatkan kemenangan bagi menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

Manakala di kem Selangor pula, skuad kendalian B. Satiananthan itu akan turun tanpa kekuatan penuh selepas dua pemain utama mereka terpaksa diketepikan daripada kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu.

Pemain sayap, Syahmi Safari bagaimanapun kekal positif bahawa tiada yang mustahil untuk Selangor mencipta kejutan pada malam ini kerana apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan mereka tidak tersungkur dan pulang tanpa sebarang mata.

Walaupun Selangor akan beraksi tanpa dua tonggak utama iaitu Brendan Gan yang digantung perlawanan dan penjaga gol, Khairul Azhan yang akan melangsungkan perkahwinan, pemain berusia 22 tahun ini tetap percaya dengan percaturan jurulatih, B. Sathianathan bagi meletakkan pemain lain menggantikan posisi yang ditinggalkan itu.

“Kalau kita tengok di sosial media, semua tengah bercakap pasal perlawanan JDT dan Selangor malah, ramai yang meramalkan Selangor akan kalah dan ada yang harap Selangor jangan kena lagi teruk seperti Perak sebelum ini.”

“Tetapi sebagai pemain, kami sentiasa bersedia untuk melakukan yang terbaik mengikut perancangan dari jurulatih dan sekarang ini kita tidak mahu terlalu terkesan dengan tekanan daripada sosial media.”

“Untuk pemain, siapa pun yang diberi peluang pada malam esok [malam ini] khususnya mereka yang akan menggantikan Brendan dan Khairul Azhan, saya percaya kami mampu galas tanggungjawab itu untuk memastikan kemenangan berharga malam esok ”, ujar Syahmi Safari.

Selain aksi JDT dan Selangor, satu lagi perlawanan yang berlangsung malam esok adalah UiTM FC yang akan menentang Terengganu FC di mana skuad Nafuzi Zain yang kini di tangga kelima pastinya ingin bangkit selepas tewas dengan JDT pada minggu lalu.

Kredit featured image: FA Selangor

Baca artikel lain dari kami mengenai JDT:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN