Penyerang skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui akaun Instagram peribadinya memohon maaf kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), dan juga kepada piha kelab.
Ia berikutan ciapan pemain itu sebelum ini yang seolah-olah mempersoalkan peluang untuk mendapatkan minit perlawanan untuk beraksi di dalam pasukan.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas Tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutamanya sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan luar padang.
“Saya mengakui tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini,” tulisnya di Insta Story.
Melalui satu ciapan yang telah dipadam, Syafiq sebelum ini berkata: “seronok tengok kawan2 main bola”.
Ada yang tak dapat main ke tu👀? pic.twitter.com/XU4pDza6ag
— KOPPA (@koppatv) August 21, 2021
Kenyataan Syafiq itu kemudiannya dilaporkan beberapa portal bola sepak sehingga mendapat pelbagai tanggapan di kalangan penyokong bola sepak tempatan.
Perkara itu mengundang rasa kurang senang TMJ yang berpendapat Syafiq seolah-olah lupa akan polisi kelab yang memerlukan pemain berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan tempat di dalam skuad utama JDT.
Kelab dari selatan tanah air itu sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang memiliki ramai pemain berwibawa. Ia sememangnya tidak mudah untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama pasukan, dan setiap pemain perlu membuktikan diri ketika latihan, bahawa mereka berhak untuk diberikan kepercayaan ketua jurulatih, Benjamin Mora.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS19#LigaSuper2021 pic.twitter.com/266VhPxXV7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 21, 2021
Ia mungkin sesuatu yang sukar, tetapi merupakan salah satu disiplin dan aspek profesional yang dituntut dari pemain. Tidak dinafikan itulah salah satu rahsia kehebatan JDT selama ini yang telah membolot tujuh kejuaraan Liga Super Malaysia secara berturut-turut.
Malah skuad Benjamin Mora itu kini hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk memastikan gelaran MSL yang ke-8 berturut-turut selepas menewaskan PJ City FC 2-0 dalam perlawanan pada malam tadi.
JDT mampu berbuat demikian sekiranya menewaskan di Stadium Sultan Ibrahim pada 27 Ogos akan datang.