Rangkuman Kelayakan WC2018: Sweden 4 Belarus 0, Emil Forsberg Ledak 2 Gol

Emil Forsberg meneruskan rentak cemerlang beliau musim ini. Selepas menjadi pemain penting dalam kempen RB Leipzig, penyerang 25 tahun ini menjaringkan 2 gol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan A.

Kemenangan penting untuk meletakkan Sweden di tangga ke-2.

Aksi penjaga gol Belarus, Gorbunov sangat teruk dalam perlawanan ini. Gol ke-2 Sweden adalah kesilapan ala Massimo Taibi.

Gol ke-3 Sweden kerana dia gagal claim bola di udara. Namun agak kontroversi kerana bola itu kelihatan tidak sepenuhnya melepasi garisan gol. Apa kata anda?

Ini adalah rangkuman penuh perlawanan:

Jika Sweden berterusan dengan prestasi yang ada, mereka akan berjaya melepasi kumpulan sukar ini, paling tidak ke play-off.

Baca juga: Rangkuman Kelayakan WC2018: Bulgaria 2 Belanda 0, Robben Anggap Ini Mimpi Ngeri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN