Swansea Setuju Menjual Gylfi Sigurdsson Ke Everton Dengan Nilai £45 Juta

Everton dan Swansea akhirnya mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan perjanjian melibatkan Gylfi Sigurdsson.

Sebelum ini, Everton membida Sigurdsson dengan harga £32 juta. Namun nilai itu ditolak oleh Swansea yang berkeras mahukan £50 juta untuk pemain ini.

Ini kerana Gylfi Sigurdsson telah menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang pada tahun lalu.

Leicester kemudian datang dengan tawaran £40 juta, ianya juga turut ditolak oleh Swansea. Dengan jendela perpindahan yang berbaki kira-kira 2 minggu, Everton akhirnya mencapai kesepakatan untuk nilai £45 juta.

Jika mereka tidak mahu membayar, kemungkinan Swansea akan menutup segala rundingan. Sigurdsson dijangka akan menjalani ujian kesihatan di Goodison Park hari ini.

Ianya bakal menjadi rekod perpindahan termahal kelab tersebut mengatasi rekod £32 juta yang mereka bayar untuk mendapatkan Lukaku pada 2014.

10% daripada hasil penjualan Sigurdsson ini akan menjadi milik Spurs.

Gylfi Sigurdsson menjadi pemain terbanyak melakukan gol menerusi sepakan percuma berbanding dengan mana-mana pemain lain yang beraksi di EPL ketika ini. Beliau melakukan 7 gol daripada sepakan percuma sejak melakukan debut.

Musim lalu, Sigurdsson melakukan 8 bantuan gol menerusi situasi bola mati, menjadikan beliau pemain yang paling tinggi melakukan ‘assist’ dengan sepakan percuma.

Beliau juga menjadi pemain yang paling banyak berlari di dalam padang musim lalu dalam EPL dengan 433km kawasan liputan dicatatkan.

Kehadiran Sigurdsson ini pastinya menguatkan lagi bahagian tengah Everton. Pada masa yang sama mereka menambahkan ancaman dari situasi bola mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN