Swansea City Ucap Selamat Tinggal Kepada Liga Perdana Inggeris

Swansea City mengikut jejak langkah Stoke City dan West Bromwich mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Perdana Inggeris.

Mereka akan beraksi dalam EFL Championship pada musim hadapan. Swansea City tersingkir selepas tujuh musim apabila tewas perlawanan terakhir, 2-1 di tangan Stoke City.

Kelab dari Wales itu memerlukan 10 gol untuk menyingkirkan Southampton namun mengejutkan mereka tidak melakukannya dengan serius.

Mereka bagaimanapun mendahului menerusi pemain tengah Andy King, yang memberi peluang optimis dengan sorakan “kami mahu nombor 10” oleh penyokong mereka.

Berakhir babak pertama, Swansea yang melalui perlawanan di tempat lawan tanpa kemenangan dalam 13 perlawanan, ketinggalan menerusi jaringan pemain Senegal, Badou Ndiaye dan kemudian Peter Crouch.

Xherdan Shaqiri juga terlepas peluang jaringan menerusi penalti.

Pengurus Swansea dari Portugal, Carlos Carvalhal kini dijangka akan meninggalkan kelab itu, lima bulan selepas tiba di kelab itu.

Sebelum ini, ramai mahukan Swansea kekal dalam saingan liga. Ini disebabkan seteru mereka, Cardiff City kembali ke Liga Perdana Inggeris. Tujuannya untuk menghidupkan semula Derbi Wales. Namun nampaknya, ia tidak akan jadi kenyataan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN