Saingan untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris masih terbuka. Stoke City dan West Bromwich sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan seperjuangan.
Mereka akan beraksi dalam EFL Championship pada musim hadapan.
Tumpuan pasti terarah kepada dua kelab yang sedang bergelut untuk melepasi zon penyingkiran. Swansea City dan Southampton, dua kelab yang bakal berpeluang untuk kekal dalam saingan liga.
Tiada Swansea = Tiada Derbi Wales
Sebelum itu, ramai mahukan Swansea kekal dalam saingan liga. Ini disebabkan seteru mereka, Cardiff City kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Ya, atas satu tujuan, menghidupkan semula Derbi Wales.
Swansea akan menghadapi Stoke dalam perlawanan terakhir. Stoke
bakal memberikan cabaran walaupun mereka sudah tersingkir divisyen. Ini kerana mereka The Potters tidak mahu menduduki kedudukan terbawah liga.
Swansea perlu menewaskan Stoke dengan margin 10 gol tanpa balas. Ia nampak mustahil sekali.
Kisah kelab dari Selatan
Southampton akan menghadapi kunjungan Manchester City.
Southampton sebenarnya sudah hampir sah kekal. Cuma mereka diasak Swansea dengan selisih 3 mata dan defisit gol yang rapat.
The Saints memerlukan 1 mata untuk kekal, asalkan Swansea tewas atau seri. Sekiranya Southampton menang dan Swansea juga menang, Southampton agak selesa untuk terus kekal.
Penutup
Sebenarnya saingan bagi mengelakkan penyingkiran liga merupakan rencah biasa dalam saingan liga Inggeris.
Namun, pada hemat kami, saingan musim ini tidaklah sehangat musim 2008-09.
Pada ketika itu, dua slot masih lagi terbuka pada sebelum hari perlawanan terakhir. Akhirnya, Newcastle United dan Middlesbrough meninggalkan Liga Perdana Inggeris.