Susulan Keputusan PM Sepanyol Pecat Presiden Catalonia, Ini Pendapat Ernesto Valverde

Susulan pengumuman kemerdekaan Catalonia oleh presidennya, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy mengumumkan pembubaran parlimen wilayah itu dan akan mengadakan pilihanraya baru.

Rajoy juga bertindak memecat Presiden Catalonia, Carles Puigdemont, barisan kabinet dan ketua polis Catalonia.

Menjelaskan tindakannya memecat Puigdemont, Rajoy berkata tindakan tersebut “perlu untuk mengembalikan normaliti.”

Ia dibuat selepas Senat Sepanyol meluluskan usul beliau untuk mengaktifkan Artikel 155 Perlembagaan Sepanyol yang memberi kuasa kepada kerajaan pusat untuk “mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memaksa keamanan” di sesebuah wilayah jika berlaku krisis.

“Presiden mereka [Carles Puigdemont] mempunyai peluang untuk mengadakan pilihanraya seperti yang dimahukan oleh majoriti rakyat Catalonia – tetapi beliau tidak mengendahkannya. Jadi kerajaan pusat Sepanyol telah mengambil tindakan susulan ini untuk mengembalikan normaliti,” kata Rajoy.

Spanish Prime Minister Mariano Rajoy gives a press conference after a cabinet meeting at La Moncloa Palace in Madrid, on October 27, 2017.
Spanish Prime Minister Mariano Rajoy said today his government had dissolved the Catalan parliament and called regional elections on December 21 under sweeping powers approved by the Senate to stop a secessionist movement in Catalonia. Rajoy said he had also removed Catalonia’s separatist leader Carles Puigdemont and his executive from office as part of measures to “recover normality” after the Catalan parliament earlier today voted to declare independence.
/ AFP PHOTO / JAVIER SORIANO

Kerajaan pusat Sepanyol dijangka akan mengadakan pilihanraya bagi memilih presiden dan barisan kabinet Catalonia yang baru pada 21 Disember ini.

Krisis ini bermula selepas kerajaan Catalonia pimpinan Puigdemont tetap mengadakan referendum kemerdekaan pada 1 Oktober lepas, meskipun tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan Sepanyol yang melabel referendum tersebut tidak sah.

Apa reaksi rakyat Sepanyol?

Tindakan Perdana Menteri Sepanyol untk melaksanakan Artikel 155 Perlembagaan Sepanyol merupakan tindakan berisiko besar sebenarnya. Ini kerana dalam situasi tegang seperti di Catalonia ketika ini, tugas “mengembalikan normaliti’ sentiasa sukar.

Di Madrid, rakyat Sepanyol – yang majoritinya sependapat dengan kerajaan mereka bahawa referendum kemerdekaan Catalonia itu tidak sah – mula mengibar dan menggantung bendera Sepanyol di sebelah senera (bendera Catalonia) di tingkap dan balkoni rumah masing-masing.

A Spanish national flag, left, hangs side by side with a Catalan flag, also known as a Senera, outside the window of a residential apartment in Madrid, Spain, on Thursday, Oct. 5, 2017. Catalan lenders such as CaixaBank SA and Banco Sabadell SA — which have spent years seeking to reduce political risk through expansion — have once again been pulled into the regions volatile politics following Catalonias threat of unilateral independence. Photographer: Angel Navarrete/Bloomberg via Getty Images

Keutamaan mereka adalah untuk melihat negara mereka bersatu.

Tetapi ada juga simpati daripada rakyat Sepanyol yang lain kepada perjuangan rakyat Catalonia, berikutan campur tangan polis di Catalonia pada beberapa minggu lepas. Tetapi mereka tetap berpendapat kerajaan Sepanyol perlu menghukum ahli-ahli politik Catalonia yang mendesak kemerdekaan wilayah tersebut.

Apa reaksi di Catalonia?

Ribuan rakyat Catalonia membanjiri jalan-jalan sekitar Barcelona, ibu negeri Catalonia untuk meraikan pengumuman kemerdekaan wilayah mereka.

Ketika Perdana Menteri Sepanyol mengumumkan pembubaran parlimen Catalonia, mereka beramai-ramai mengejek ‘boo’.

People holding placards reading “Help Catalonia. Save Europe” gather outside the Catalan parliament in Barcelona on October 27, 2017, during a plenary session to vote on a motion on declaring independence from Spain.
Catalonia’s parliament voted to declare independence from Spain and proclaim a republic, just as Madrid is poised to impose direct rule on the region to stop it in its tracks. A motion declaring independence was approved with 70 votes in favour, 10 against and two abstentions, with Catalan opposition MPs walking out of the 135-seat chamber before the vote in protest at a declaration unlikely to be given official recognition.
/ AFP PHOTO / PAU BARRENA (Photo credit should read PAU BARRENA/AFP/Getty Images)

Tetapi terdapat juga demonstrasi daripada ribuan rakyat Catalonia yang anti-kemerdekaan. Mereka mengibarkan bendera Sepanyol sebagai simbol penyatuan.

Apa reaksi Ernesto Valverde?

Ketika ditanya oleh wartawan dalam sidang media pra-perlawanan antara FC Barcelona dengan Athletic Bilbao, pengurus FC Barcelona, Ernesto Valverde mengelak daripada memberi kenyataan konkrit mengenai situasi politik Catalonia.

(Photo credit: PAU BARRENA/AFP/Getty Images)

“Saya hanya fokus untuk memenangi perlawanan ini. Tiada apa yang berlaku setakat ini. Anda sedang bercakap tentang sangkaan anda [mengenai impak krisis ini kepada FC Barcelona]. Lebih elok jika kita hanya bercakap tentang realiti,” kata Valverde.

“Saya tak mahu buat kesimpulan. Tapi seperti anda, saya juga mempunyai pendapat saya tersendiri berdasarkan isu ini.”

Apa yang bakal terjadi kepada parlimen Catalonia?

Pemimpin Catalonia yang pro-kemerdekaan berkata dengan pengumuman kemerdekaan ini, wilayah mereka kini tidak lagi berada di bawah jurisdiksi Sepanyol.

Dengan Mahkamah Persekutuan Sepanyol dijangka akan mengumumkan kemerdekaan Catalonia tersebut tidak sah, beberapa kuasa dunia besar yang lain – seperti EU, Amerika Syarikat, UK, Jerman dan Perancis – juga akan terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat Sepanyol untuk menyatukan Sepanyol.

Sementara itu, pendakwaraya kerajaan pusat Sepanyol pula mengumumkan akan menfailkan kertas dakwaan kepada Puigdemont atas kesalahan “memberontak” pada minggu depan.

Catalonia merupakan wilayah paling makmur di Sepanyol, dengan 19% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sepanyol datangnya dari Catalonia. 20.7% pelaburan asing Sepanyol juga tertumpu di Catalonia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN