Insiden letupan bas pasukan Borussia Dortmund itu telah menyebabkan perlawanan diantara kelab tersebut dengan AS Monaco terpaksa ditangguh selama sehari.
Terkini, Polis Jerman telah mendedahkan latar belakang suspek yang terlibat dengan insiden tersebut.
3 surat
Menurut Polis Jerman, 2 suspek yang terlibat dengan insiden letupan itu mungkin mempunyai kaitan dengan Islam.
Kata mereka, 1 daripada suspek itu telah pun ditangkap dengan seorang lagi mangsa masih lagi diburu pihak polis ketika ini.
Walaupun begitu, kedua-dua suspek itu belum disahkan lagi mempunyai kaitan dengan gerakan Islam.
Dakwaan itu muncul selepas mereka menjumpai 3 pucuk surat di kawasan letupan dengan salah satunya tertulis ayat, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
Polis Jerman juga berkata mereka belum berjaya menjumpai motif sebenar letupan itu dilakukan.
Akan tetapi, Polis Jerman mengesahkan satu lagi surat yang dijumpai mengandungi permohonan yang dilakukan oleh mereka kepada kerajaan Jerman.
Permohonan yang dilakukan adalah meminta kerajaan Jerman untuk membawa pulang kapal terbang German Tornado yang kini berada di Syria.
Selain itu, satu lagi permintaan adalah meminta kerajaan Amerika Syarikat untuk menutup pengakalan udara mereka yang terletak di Ramstein, Syria.
Satu lagi surat yang dijumpai adalah surat yang mendedahkan siapakah yang bertanggungjawab dalam insiden letupan bas tersebut.
Polis Jerman mendedahkan yang di dalam surat tersebut terdapat “golongan berhaluan kiri” yang bertanggungjawab menjadi punca letupan tersebut.
Namun begitu, keaslian surat tersebut tidak dapat disahkan.
Letupan bas pasukan Dortmund itu menyaksikan hanya Marc Batra sahaja yang cedera.
Bom tersebut dikatakan dipasang di bahagian belakang bas pasukan Jerman tersebut.
Baca juga: Kerana Promosikan Perjudian Bola Sepak, Paulinho Mungkin Dihalau Dari China