‘Susah Senang Bersama’- Abang Brown Layak Dijulang Penyokong Sejati Selangor

Bercakap mengenai penyokong bola sepak, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengekspresikan rasa sayang mereka kepada kelab dicintai sebagai tanda sokongan baik secara terbuka atau hanya menerusi media sosial.

Di Malaysia, setiap peminat mempunyai pelbagai cara untuk menunjukkan rasa sayang kepada kelab disokong dan adakalanya ia tampil dengan sangat unik sehingga tular di sana sini menerusi stail pemakaian atau penglibatan dalam kumpulan.

Salah seorang penyokong bola sepak tempatan yang kami anggap sangat unik pastinya terarah kepada Abang Brown atau nama sebenar, Mohd Shahin Shah B Mohamed Hanafiah yang konsisten memberi sokongan buat Selangor sejak bertahun-tahun lamanya.

Abang Brown tidak memerlukan media sosial untuk mengekspresikan rasa cinta buat Selangor menerusi publisiti atau galak bercerita kepada ramai tentang semangatnya memberi sokongan buat The Red Giants.

Tetapi, gaya pemakaian beliau sendiri sejak suatu ketika yang konsisten serba merah kuning dari hujung kepala ke kaki sentiasa menarik perhatian orang ramai di sekitar stadium untuk memerhatikannya.

Tujuan Abang Brown hanya satu, menunjukkan dirinya selaku peminat bola sepak Selangor dan hadir ke stadium untuk memberi galakan buat pasukan walau apa jua keputusan diraih.

Malah, kebanyakan para pemain The Red Giants sendiri menghormati susuk tubuh ini yang sentiasa hadir demi suatu kecintaan buat pasukan kesayangannya beraksi.

Walaupun Abang Brown sedikit ‘istimewa’, beliau tidak pernah mengganggu penyokong lain dan telatah beliau sendiri sentiasa disenangi ramai sejak dahulu lagi.

Menerusi perkongsian laman sukan Gosip Bola Malaysia (GBM), mereka menyifatkan Abang Brown sebagai penyokong sejati Selangor dan kebanyakan netizen sendiri menyifatkan beliau berhak mendapat layanan terbaik daripada pihak Selangor.

“Penyokong sejati Selangor dan Malaysia, layak dapat layanan VIP tapi tu la mentaliti menyokong ni bukan sebab nak layanan VIP. Yang penting jiwa,” ujar Mohd Faeez Jaafar Sidek.

“Team Malaysia pun dia mai, kalau zaman muda-muda dulu dia memang ada sahaja perlawanan membabitkan Malaysia, termasuk Badminton dan takraw juga. Dia ni jiwa sebenar,” puji Raja Asyairoh Wal Maturidiyyah.

“Ini betul! Dari zaman PKNS dulu dia pun all out je. Takde nak claim terpaling fan. Semoga beliau dipermudah kan urusan dimana sahaja berada,” kata Izyan Farhana Ifia.

Kami di Semuanya BOLA sentiasa mendoakan supaya Abang Brown terus sihat dan diberi kekuatan untuk mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi sokongan padu beliau buat Selangor serta Harimau Malaya.

Anda layak dijulang dan menjadi contoh terbaik selaku salah seorang penyokong setia pasukan kesayangan sendiri.

Kredit foto: Pemilik gambar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN