Surat Perpisahan Menyentuh Hati Cristiano Ronaldo Kepada Real Madrid

Cristiano Ronaldo menulis surat kepada Real Madrid selepas mengesahkan akan meninggalkan kelab itu untuk Juventus. Ini adalah nukilan beliau:

“Tahun-tahun di Real Madrid, dan di bandar Madrid, kemungkinan telah menjadi detik paling bahagia dalam hidup saya.”

“Saya hanya mampu menyatakan rasa terima kasih tak terhingga kepada kelab, untuk hobi ini dan bandar ini. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada semua di atas layanan yang saya terima.”

“Walaubagaimanapun, saya percaya yang masanya telah tiba untuk saya membuka pentas baru dalam hidup. ”

“Itulah sebab saya meminta kelab ini menerima tawaran perpindahan ini.”

“Itu yang saya rasa dan saya sudah bertanya kepada semua orang terutama sekali pengikut kami, tolong fahami situasi saya.”

“Ianya 9 tahun yang sememangnya indah. 9 tahun yang unik.”

“Ia telah menjadi detik yang mengujakan, penuh dengan tuntutan, walaupun sukar kerana Real Madrid sentiasa ada ‘demand’ yang sangat tinggi, tetapi saya sangat faham dengannya dan saya tak akan melupakan yang saya telah menikmati bola sepak di sini dengan cara sangat unik.”

“Saya ada rakan-rakan yang hebat di atas padang, di bilik persalinan dan sentiasa merasai sambutan luar biasa daripada penyokong.”

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 25: Cristiano Ronaldo of Real Madrid CF celebrates with Luka Modric after scoring his team’s 3rd goal from a penalty rebound during the La Liga match between Real Madrid and Malaga at Estadio Santiago Bernabeu on November 25, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

“Secara bersama-sama kita memenangi 3 UCL berturut-turut, 4 daripada 5 musim.”

“Dengan mereka semua, secara individu, saya berpuas hati dapat memenangi 4 Ballon d’Or dan 3 Kasut Emas. Semuanya dicapai dalam kelab luar biasa ini.”

“Real Madrid telah menawan hati saya, dan juga keluarga saya. Dan inilah sebabnya kenapa saya ingin mengucapkan terima kasih lebih daripada sebelum ini.”

“Terima kasih kepada kelab, presiden, pengarah-pengarah, rakan-rakan, semua staf teknikal, doktor, fisio dan kesemua staf yang melakukan kerja luar biasa membuatkan segalanya berjalan lancar, dan bekerja tanpa kenal erti lelah.”

“Terima kasih dan sudah pastinya sekali lagi kepada penyokong serta kepada bola sepak Sepanyol. Dalam tempoh 9 tahun yang mengujakan ini saya telah berhadapan ramai pemain hebat.”

“Saya meninggalkan jersi ini, logo ini dan Santiago Bernabeu akan sentiasa menjadi seperti rumah saya, tak kira di mana saya berada.”

“Terima kasih kepada semua dan sudah pastinya, seperti yang saya katakan pada 9 tahun lalu di stadium: Hala Madrid”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN