Ketika surat khabar ini diterbitkan, Cruzeiro perlu menjaringkan 3 gol selepas tewas pada perlawanan final 1st leg kepada Atletico Mineiro 0-2. Ini adalah kali pertama dua pasukan dari Belo Horizonte berentap untuk merebut kejuaraan Copa do Brasil.
Surat khabar Estado de Minas betul-betul fanatik dengan perlawanan ini sehingga mereka mengabaikan berita lain. Mereka betul-betul tak ambil peduli tentang hal duniawi lain melainkan final kedua antara Cruzeiro dan Atletico Mineiro.
Apabila diselak kedalam, berita mereka sama sahaja.
Kami tak dapat bayangkan Harian Metro dan Berita Harian dapat buat perkara yang sama ketika final Piala Malaysia tempoh hari.
FYI, Atletico Mineiro menang 1-0 dalam perlawanan final kedua yang berlangsung awal pagi tadi hasil jaringan Diego Tardelli.