Pencipta Football Manager Dedah Surat Penolakan Idea Oleh EA Sports Pada 1991

Jika anda baca artikel kami mengenai Football Manager semalam, pasti anda ingat yang permainan tersebut bermula dengan nama Championship Manager pada tahun 1992.

Ketika itu Sports Interactive (SI) dan Eidos Interactive bersama-sama menghasilkan permainan itu.

Tapi tahukah anda, siapakah sepatutnya yang membangunkan permainan itu sebelum Eidos Interactive datang mengambil alih?

Sepatutnya permainan Championship Manager dihasilkan bersama-sama diantara SI dengan EA Sports (EA).

Pencipta permainan itu iaitu Paul dan Oliver Collyer pernah menulis surat kepada EA pada 1991 mengenai cadangan untuk menghasilkan permainan simulasi yang diberi nama sebagai European Champions.

Namun begitu, idea itu ditolak mentah oleh pihak EA kerana bagi mereka untuk menghasilkan permainan bola sepak haruslah ada ‘live action’ atau kebolehan untuk pemain mengawal apa yang berlaku di atas padang.

Paul & Oliver kemudiannya membawa diri, dan menjalinkan usahasama dengan pihak Eidos Interactive.

Dari situ lahirlah permainan Championahip Manager pada 1992.

Surat penolakan idea dari pihak EA kepada Paul dan juga Oliver itu disimpan dan kini disiarkan di National Football Museum di England.

Hal ini keranan ia merupakan simbolik kepada titik tolak kejayaan permainan simulasi ini yang telah ‘meragut’ banyak kehidupan normal para pemainnya.

Dalam surat itu juga, terdapat nota kaki yang ditulis tangan oleh pihak EA mengatakan disket yang diberikan oleh Paul & Oliver mempunyai virus didalamnya.

Mereka juga sempat berpesan agar Paul & Oliver lebih berhati-hati ketika hendak memberikan disket kepada orang lain.

Baca juga: Statistik: Higuain Gagal Lakukan Sebarang Sentuhan Dalam Kotak Penaltik VS Napoli 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN