Suphanburi FC Bakal Menguji Kekuatan Skuad Helang Merah

Persiapan pasukan Kedah untuk memantapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini diteruskan dengan mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab dari liga utama Thailand, Suphanburi FC.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada hari esok di Stadium Darul Aman pada pukul 9.00 malam.

Difahamkan tiket untuk menyaksikan perlawanan ini dijual pada hari perlawanan dengan harga RM10 untuk ruang terbuka dan berbumbung manakala RM20 untuk ruang Astaka Utama.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), menerusi kenyataannya berkata perlawanan itu adalah sempena Mini Karnival untuk musim baharu.

Sepanjang mini karnival itu, orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disediakan termasuk persembahan artis, kuiz, dan penjualan barangan penaja.

Penyokong juga boleh mendaftar Kad Ahli Keutamaan KFA dan membeli Pas Bermusim 2018.

Majlis perasmian itu dijangka akan disempurnakan Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama pengurusan tertinggi KFA serta semua penaja.

Pada majlis itu juga, KFA juga akan mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus baharu skuad Helang Merah serta memperkenalkan barisan kejurulatihan yang diketuai Ramon Marcote bersama staf lain.

Pelancaran jersi baharu pasukan itu yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama tetapi terpaksa ditangguhkan ke 31 Januari 2018 kerana sebab-sebab tertentu.

Suphanburi FC menduduki tempat 11 dalam saingan liga utama Thailand musim lepas. Pasukan bimbingan Adebayo Gbadebo ini bakal diperkuatkan oleh bintang Myanmar, Zaw Min Tun, Anderson Dos Santos, serta pemain tengah dari Jepun, Takafumi Akahoshi.

Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Adul Lahsoh turut akan mengetuai pasukan itu dalam kunjungan ke Alor Star.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN