Semalam, penyerang kelab gergasi Thailand, Buriram United, Suphanat Mueanta cipta sejarah sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam saingan kelab kelas tertinggi Asia iaitu AFC Champions League (ACL) pada usia 16 tahun.
Walaubagaimanapun, jaringannya pada minit ke 80 gagal memastikan Buriram United mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri selepas tewas 1-3 kepada kelab dari China, Beijing Guoan yang menyebabkan mereka menghuni kedudukan tercorot dalam kumpulan G.
Suphanat Muenta ubati kekecewaan Buriram
Dalam perlawanan itu, Beijing Guoan mengambil masa selama 2 minit untuk menjaringkan gol pembukaan melalui Cedric Bakambu sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula.
2' GOAL! Beijing lead! 1-0!
What a start here by the Chinese Super League outfit as they go ahead in the second minute courtesy of Cedric Bakambu! #ACL2019 #BRUvBJG pic.twitter.com/x5rjrYw6IW
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) April 9, 2019
30 minit kemudian, bekas penyerang Villareal itu sekali lagi menambah derita Buriram apabila menyudahkan gol kedua dengan tenang setelah menerima hantaran cantik daripada Renato Augusto dari sebelah kiri.
29' GOAL! Beijing Guoan score! 2-0!
A simple through ball by Jonathan Viera allows Renato Augusto to get in behind the defence, who in turn lays it on a plate for Cedric Bakambu. The former Villareal-man makes no mistake to put his side two in front. #ACL2019 #BRUvBJG pic.twitter.com/apoyg7OWxp
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) April 9, 2019
Bakambu memanfaatkan pengalamannya ketika beraksi dalam saingan La Liga selama 4 tahun apabila melakukan hatrik dengan menjaringkan gol ketiga 9 minit selepas wisel separuh masa kedua ditiupkan.
Jaringan itu berpunca daripada kesilapan pengaja gol Buriram, Siwarak Tedsungnoen yang gagal menangkap kemas rembatan Wang Gang dari sebelah kiri. Situasi itu membolehkan Bakambu mengambil kesempatan untuk mengecewakan tuan rumah.
54' GOAL! 3-0 to Beijing Guoan!
And that's the third! Hattrick for Cedric Bakambu! The Congolese striker puts the ball into the net after Siwarak Tedsungnoen spilt Wang Gang's shot. #ACL2019 #BRUvBJG pic.twitter.com/0s6r0l6c4N
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) April 9, 2019
Tersentak dengan tiga jaringan itu, Buriram United terus bangkit mengatur serangan bertubi-tubi ke kubu lawan namun masih gagal menewaskan penjaga gol Beijing Guoan yang beraksi cemerlang.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Suphanat Mueanta berjaya menjaringkan gol pada minit ke 80 sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol di pentas saingan kelab tertinggi Asia.
80' GOAL! Buriram United score! 3-1!
Substitute Suphanat Muenta, who has been on the pitch for a few minutes, scores the goal after being played through superbly. #ACL2019 #BRUvBJG pic.twitter.com/FbrNEz3J5J
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) April 9, 2019
Baru sahaja dimasukkan sebagai pemain gantian, Mueanta bijak melakukan larian untuk menyambut hantaran rakan sepasukan, sebelum menewaskan penjaga gol lawan dengan sentunhan penyudah yang amat klinikal.
Walaupun usianya muda, pemain remaja ini mampu menunjukkan aksi yang matang dalam perlawanan ini. Jaringan di peringkat tertinggi sebegini buat pemain seusia Mueanta pasti memberi keyakinan dan pelajaran baru buat beliau – untuk pergi lebih jauh selepas ini. Tahniah kepada Buriram kerana berani mendedahkan pemain seperti Mueanta.
Luqman Hakim dan Suphanat Mueanta
Jika Thailand memiliki penyerang muda yang hebat seperti Mueanta, Malaysia juga turut mempunyai bakat muda yang sebaya dengan beliau iaitu Luqman Hakim.
2 pemain ini adalah permata baharu Asia Tenggara yang menyinar ketika dalam saingan AFC B-16 di Kuala Lumpur tahun lepas. Luqman ternyata memiliki kualiti di hadapan gol apabila beliau muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan itu dengan 5 gol dalam 2 perlawanan.
Berbeza dengan Luqman yang masih menuntut di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Mueanta pula sudah pun mendapat pendedahan beraksi dalam saingan liga kompetitif di peringkat senior bersama kelab Buriram United.
Penjaring termuda Liga Thailand
Mueanta membuat penampilan pertamanya bersama Buriram ketika menentang Nakhon Ratchasima pada 25 April tahun lalu. Pada hari bersejarah itu, beliau baru berusia 15 tahun 8 bulan dan 22 hari. Walaupun sekadar beraksi selama satu minit, detik bersejarah itu telah membangkitkan semangatnya untuk terus mempamerkan aksi terbaik serta bersaing dengan pemain yang lebih tua.
Malah, Mueanta juga turut dipanggil memperkuatkan pasukan bawah 19 tahun Thailand dalam saingan AFC B-19 tahun lepas dan dijangka akan membarisi skuad bawah 23 tahun Thailand memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Thailand's 17 year-old striker Suphanat Mueanta becomes youngest player to score in AFC U23 Tournament after scoring Brunei yesterday.
He also make history by scoring in every youth level (29 matches/31 goals)
U14: 6 goals
U15: 9 goals
U16: 11 goals
U19: 4 goals
U23: 1 goal pic.twitter.com/8JHtM83IEk— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) March 25, 2019
Bagaimana dengan Luqman Hakim?
Situasi itu menyebabkan para penyokong tempatan tertanya-tanya kenapa Luqman Hakim masih tidak mendapat pendedahan di peringkat saingan kompetitif seperti Mueanta walaupun sudah terbukti hebat di depan gol?
Bilakah kelab tempatan akan berani menurunkan pemain muda yang berbakat dalam kesebelasan utama?
Apakah Malaysia akan lahirkan lebih ramai penyerang tempatan yang berkualiti di masa hadapan tanpa mengharapkan khidmat pemain naturalisasi?
Sama-sama kita renungkan.