Kejohanan SuperMokh Cup 2019 terus menarik penyertaan antarabangsa apabila terbaru, Al Wahda FC dari UAE turut mengesahkan penyertaan.
Perkara tersebut disahkan melalui laman media sosial Twitter milik Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada hari ini.
Sesuatu yang menarik menanti anda semua.
Ayuh, hadir bersama kita meriahkan Supermokh 2019 “Asean Series”.
Kenapa “Asean Series”? Sebab tahun ini kita akan tumpukan kepada negara-negara Asia.
Team mana yang join? Yang hat tu kene tungga sat naaa
Nanti min update. pic.twitter.com/8zGbXUm91t
— NFDP Official (@NFDPOfficial) December 5, 2019
Antara kelab asing lain yang turut sudah mengesahkan penyertaan untuk kejohanan antarabangsa peringkat umur ini sebelum ini adalah Cerezo Osaka dari Jepun, Buriram United dari Thailand, dan FC Spartak Tashkent dari Uzbekistan.
SuperMokh Cup ialah kejohanan peringkat umur khusus untuk memberi pendedahan kepada bakat muda di dalam dan luar negara itu akan diadakan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang pada 16 sehingga 21 Disember hadapan.
We are proud to annouce that Al Wahda Football Club from UAE will join the Supermokh 2019 “Asian Series” ????? pic.twitter.com/ZRZAucNBOC
— NFDP Official (@NFDPOfficial) December 9, 2019
Dianjurkan buat kali pertama pada 2016, SuperMokh Cup menampilkan tiga kategori utama pertandingan iaitu, Bawah-12, Bawah-13, dan juga Bawah-14.
Antara kelab-kelab ternama yang pernah mengambil bahagian sebelum ini termasuklah dari Eropah seperti Paris Saint-Germain, dan juga Arsenal.
Edisi 2019 kali ini pula menumpukan pertandingan di kalangan kelab-kelab Asia yang digelar “Asian Series”.