‘Super Agent’ Mendes Keluar Kenyataan Nafi Mourinho Angkat Kaki Dari Old Trafford

Ejen terkenal di dalam dunia bola sepak, Jorge Mendes menafikan dakwaan Jose Mourinho akan melepaskan jawatan beliau sebagai pengurus Manchester United.

Pengurus dari Portugal itu dilaporkan berada di dalam tekanan selepas pasukan kendalian beliau terus bergelut dengan prestasi pada musim ini.

Manchester United tidak mencatatkan sebarang kemenangan di dalam empat perlawanan berturut-turut dan sudah pun ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Khabar angin

Laporan daripada The Sun pada Jumaat lalu melaporkan pengurusan tertinggi United hanya akan mempertimbangkan pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebagai pengganti – jika Mourinho pergi.

Sebelum ini beberapa nama lain seperti Zinedine Zidane, Antonio Conte dan Laurent Blanc turut dikaitkan sebagai pengganti Mourinho – sekiranya pengendali berusia 55 tahun itu dipecat atau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

(Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Laporan dari Sepanyol pula berkata Mourinho yakin sudah ada kekosongan bakal menanti di Real Madrid sekiranya beliau terpaksa meninggalkan Manchester United sebelum kontrak sebenar tamat pada 2020.

Los Blancos sebelum ini memecat Julen Lopetegui sebelum melantik Santiago Solari sebagai pengendali sementara – dan disahkan sebagai pengurus tetap selepas beberapa siri keputusan positif dicatat di dalam tempoh dua minggu oleh Real Madrid.

Mendes nafi

Di sebalik semua perkhabaran itu, Mendes menegaskan klien beliau itu tidak akan pergi ke mana-mana buat masa ini.

Dalam temubual bersama The Telegraph, Mendes berkata:

“Terdapat banyak khabar angin yang melaporkan Jose Mourinho akan meninggalkan Manchester United. Itu adalah tidak benar,” kata Mendes.

“Jose [Mourinho] sangat gembira dengan jawatan beliau di Manchester United, dan kelab juga gembira dengan beliau.

“Beliau juga mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama United, dan Jose masih kekal komited untuk membangunkan projek yang dirancang bersama kelab.”

Musim ini Mourinho dilaporkan kecewa dengan polisi perpindahan pemain oleh hierarki di Manchester United, dan sekali lagi mengungkit mengenai perkara tersebut pada perlawanan pertengahan minggu.

“Setiap pasukan menjadi lebih baik dan kami tidak. Jarak di antara kami dan empat pasukan teratas adalah satu perkara yang saya sendiri tidak boleh bezakan,” ujar Mourinho dalam satu sidang media.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN