Sunderland Pasukan EPL Pertama Tersingkir! Apa Ironinya Dengan Manchester United?

Pada 2012, Sir Alex Ferguson dengan muka kemerahan berkata:

“Kepada penyokong-penyokong Sunderland yang bersorak untuk Manchester City, ingat betul-betul hari ini. Kami tidak akan lupa, saya ingatkan anda.”

Begitulah marahnya Sir Alex Ferguson dengan penyokong Sunderland ketika itu.

Setelah beberapa musim Sunderland berjaya melepaskan tengkuk daripada penyingkiran sehingga digelar pakar mengelak penyingkiran.

Akhirnya Sunderland tersingkir ketika mereka diuruskan oleh bekas pengurus Manchester United iaitu David Moyes.

Pada masa yang sama mereka membeli 2 pemain muda United iaitu Donald Love dan Paddy McNair. Moyes turut melakukan pinjaman pemain Adnan Januzaj.

Dalam perlawanan menentang Bournemouth, mereka perlu menang. Namun sebaliknya mereka kalah 0-1 di Stadium Of Light.

Ia memang satu hari derita untuk Sunderland disingkirkan di tempat sendiri oleh pasukan Bournemouth.

“Ini adalah hari terburuk di dalam hidup saya,” kata David Moyes kepada media.

Pengerusi Sunderland Ellis Short terus memberikan ucapan ringkas dengan meminta maaf kepada penyokong Sunderland.

Beliau berkata:

“Seperti penyokong yang lain, saya berasa sedih, kecewa dan marah. Kita gagal untuk kekal di liga utama selepas 10 tahun berturut-turut bermain di EPL.”

“Ia tempoh kedua terpanjang kita berada di liga utama dalam sejarah 138 tahun kelab ini.”

Ellis berjanji akan melakukan perancangan sebaik mungkin untuk memastikan mereka kembali ke EPL.

Beliau berjanji akan berkongsi pelan pasukan dengan dengan para peminat.

Beliau mengakui, kegagalan mendapatkan beberapa pemain kerana beberapa halangan dalam pintu perpindahan, antara punca kegagalan mereka.

Pada masa yang sama mereka memiliki senarai kecederaan pemain yang agak kritikal musim ini.

Baca juga: 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN