Sumareh Tidak Dapat Beraksi Menentang Jordan

Tan Cheng Hoe mengesahkan bahawa, beliau terpaksa melupakan khidmat penyerang Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh untuk aksi persahabatan menentang Jordan.

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada persiapan Malaysia dalam menghadapi kempen kelayakan Piala Asia/Piala Dunia.

Bercakap kepada Utusan Online, Tan Cheng Hoe menegaskan, beliau terpaksa menyisihkan Sumareh buat seketika kerana pemain itu belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Pegawai kecergasan pasukan meletakkan Sumareh dalam keadaan 50-50, dan Tan Cheng Hoe enggan mengambil sebarang risiko untuk menurunkan pemain itu.

“Sumareh tidak dapat diturunkan menentang Jordan, namun saya harap beliau dapat kembali dalam perlawanan seterusnya,” ujar Tan Cheng Hoe.

Tan Cheng Hoe kemudiannya menyatakan beliau gembira dengan apa yang berlaku di kem Harimau Malaya. Para pemain bersungguh-sungguh untuk bersaing antara satu sama lain.

Kem Harimau Malaya buat masa ini sangat harmorni dan kesemua pemain gembira untuk berlatih bersama-sama.

Tan Cheng Hoe turut menyambut baik cadangan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi yang mahu melantik pakar psikologi – sebagai salah satu persiapan memperkuatkan mental sempena aksi menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN