Sumareh Dedikasikan Gol Kepada Rakyat Malaysia Dan Ayahnya

Sumareh Malaysia Thailand
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Mohamadou Sumareh menyatakan gol kemenangan beliau ke atas Thailand sangat bermakna.

Malaysia ketinggalan pada awal perlawanan. Namun bangkit dengan 2 gol menerusi Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh.

Sumareh menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-57. Sumareh menerima hantaran cantik oleh Brendan Gan yang menyungkit bola. Sumareh menyambar bola dengan merembatnya tepat ke arah gawang gol.

Sumareh mendedikasikan gol itu kepada rakyat Malaysia, dan juga kepada ayahnya. Sebelum ini Sumareh pernah berkongsi cerita bahawa ayahnya tidak merestui Sumareh bermain bola sepak.

Namun Sumareh tetap mengejar cita-cita untuk menjadi pemain profesional dan menempah nama di Malaysia.

Ayahnya kemudian terpaksa akur dengan kehendak Mohamadou Sumareh yang kini merupakan rakyat Malaysia selepa dinaturalisasi.

Dalam aksi kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Thailand, dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, ayah beliau ada hadir ke stadium.

Dan itu merupakan pertama kali ayahnya datang ke stadium menyaksikan anaknya bermain di hadapan mata, di dalam stadium.

Pasti ayahnya bangga melihat Sumareh berjaya mencerita puluhan ribu peminat Malaysia di dalam stadium dan jutaan lagi yang menonton di rumah.

Dipetik daripada Arena Metro, Sumareh berkata: “Hari ini (semalam) hari cukup penting bagi saya, bukan saja kerana menjaringkan gol dan dapat gembirakan penyokong tetapi ia juga untuk bapa saya yang datang melihat saya bermain.”

“Ini kerana dia tak pernah lihat saya bermain bola sepak sebelum ini.”

https://twitter.com/ArenaHM/status/1195335137992380416

“Dia pernah kecewa dengan saya sebab memilih bola sepak tetapi hari ini saya dapat lihat dari renungan matanya yang dia sungguh berbangga dengan saya sekarang dan ia suatu perasaan yang cukup bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Misi Malaysia seterusnya adalah aksi menentang musuh tradisi, Indonesia alam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Selasa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN