Sumareh Dapat Panggilan Sulung, Adam Nor Azlin, Norshahrul Kembali Semula

Tan Cheng Hoe memanggil pemain sayap pasukan Pahang, Mohamadou Sumareh untuk tugasan antarabangsa yang akan datang.

Sumareh yang sebelum ini sah mendapat kewargangeraan Malaysia telah menjadi pemain penting Tok Gajah dalam beberapa musim ini.

Tugasan seterusnya untuk Harimau Malaya adalah menentang Sri Lanka di Colombo dan Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat. Masing-masing tugasan itu bertarikh 8 Oktober dan 12 Oktober 2018.

Antara yang mencuri perhatian adalah Shahrel Fikri yang diberikan kepercayaan sekali lagi selepas cemerlang dalam tugasan beliau sebelum ini.

16 pemain dalam skuad sebelum ini dikekalkan. 6 pemain daripada skuad sebelum ini disisihkan atas pelbagai faktor termasuk isu kecergasan dan juga mahu memberikan peluang kepada pemain lain.

Mereka yang disisihkan daripada tugasan kali ini ialah:

Farizal Marlias (JDT), Nazmi Faiz Mansor (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R Kogileswaran (Pahang).

Sebagai ganti, Tan Cheng Hoe telah memanggil 6 pemain iaitu:

Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies (Pahang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (JDT) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

Adam Nor Azlin dan Norshahrul antara nama yang kembali dipanggil ke dalam pasukan. Ini adalah senarai penuh buat masa ini:

Dalam kenyataan rasmi di FAM, menyatakan:

“Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Melaka pada 8 dan 9 Oktober sebelum berlepas ke Colombo pada 10 Oktober 2018.”

“Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka dan Republik Kyrgyz.”

“Ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.”

“Seterusnya satu lagi aksi persahabatan bakal menyusul menjelang sepak mula pada 8 November iaitu bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN