Sumareh Berstatus Pemain Tempatan, Hamidin Berterima Kasih Kepada TMJ & MFL

FAM menerusi kenyataan rasmi Presidennya, Dato’ Hamidin Mohd Amin berterima Kasih Kepada Tunku Ismail dan MFL kerana memberikan status pemain tempatan buat Sumareh.

Sebelum ini MFL menggantung status itu walaupun Sumareh sah menjadi warganegara Malaysia dan boleh bermain untuk Harimau Malaya.

Sumareh mendapat panggilan sulung skuad kebangsaan. Terbaru MFL memberikan pengesahan status Sumareh sebagai pemain temapatan untuk bermain dalam liga Malaysia.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menjunjung kasih kepada Pengerusi Malaysian Football League (MFL), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Lembaga Pengarah MFL di atas keputusan mengurangkan tempoh Peraturan Pemain Naturalisasi kepada pemain Pahang, Mohamadou Sumareh.”

“Keputusan berkenaan boleh dianggap sebagai pembuka jalan buat FAM dalam merealisasikan pengambilan beberapa lagi pemain naturalisasi bagi memperkasakan skuad kebangsaan, Harimau Malaya pada masa akan datang.”

“Perkembangan ini juga sudah pasti akan memberikan lebih motivasi buat Sumareh sendiri yang telah pun dipanggil buat pertama kali untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pada Isnin ini (8 Oktober 2018).”

“Sokongan padu daripada pihak MFL yang diterajui Tunku Ismail sememangnya sangat ditagih FAM dalam kita sama-sama berusaha untuk memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti saingan Liga Malaysia yang dikelolakan oleh MFL.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN