Sulaiman Hussin Dedah Kenapa Malaysia Patut Malu Dengan Pembangunan Kelab Di Kemboja

Kuching City yang buat pertama kali membuat kemunculan dalam saingan Liga Super pada tahun ini jelas mempunyai visi tersendiri mengenai pembangunan kelab mereka untuk tampil lebih maju dari segenap aspek.

Menurut Sulaiman Hussin selaku pembantu jurulatih pasukan tersebut, beliau menyifatkan pengalaman mereka ketika berada di Kemboja telah mengajar sesuatu yang penting untuk kelab-kelab bola sepak di Malaysia dari segi pengurusan fasiliti.

Jelas Sulaiman, hampir semua pasukan divisyen utama di Kemboja mempunyai prasarana sangat baik daripda segi kualiti padang latihan serta stadium sendiri yang minimal tetapi serba lengkap untuk digunakan dalam perlawanan.

“Di sana, kebanyakan kelab mempunyai pusat latihan tersendiri serba lengkap serta stadium yang tidak bergantung pada kerajaan semata-mata.

“Walaupun stadium di sana tidak besar, tapi dari segi kemudahan disediakan segalanya cukup baik dan lengkap untuk digunakan, selain mempunyai nilai komersil sangat tinggi.

“Apa saya boleh katakan, di Kemboja mereka ada visi jelas dalam membangunkan para pemain muda, mempunyai satu padang latihan dan stadium sendiri untuk satu kelab,” jelas beliau lagi.

Selain itu, beliau juga mendedahkan sebenarnya Kuching City kini berada dalam proses akhir untuk mendapatkan pusat latihan mereka sendiri pada masa akan datang.

Ianya merupakan sesuatu yang harus dipuji kerana sesebuah kelab yang dianggap kerdil ini memiliki impian besar untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak profesional menerusi usaha-usaha dibuat.

“Kami kini dalam proses akhir untuk mendapatkan pusat latihan tersendiri, InsyaAllah jika tiada apa-apa tahun ini segalanya akan mula dilaksanakan.

“Betapa pentingnya untuk memiliki fasiliti yang baik buat para pemain kerana ia dapat meningkatkan moral mereka dalam sesi latihan dan pemain dapat memberikan segalanya dengan lebih baik.

“Pada pandangan saya, tak salah untuk setiap kelab melabur 10% daripada dana tahunan untuk cuba menyediakan aset atau fasiliti dalam pasukan.

“Dalam penswastaan kini, tidak begitu relevan untuk kita terus bergantung kepada harta milik kerajaan negeri sahaja dan perkara itu sepatutnya dibuat pada masa sekarang,” tambah Sulaiman.

Pada masa sama sebagai seorang jurulatih, beliau berharap para pemain Kuching City khususnya anak-anak jati Sarawak mampu mengembangkan bakat mereka untuk terus mendapat tempat dalam pasukan-pasukan di semenanjung tanah air.

“Harapan saya, semoga selepas ini para pemain Kuching City lebih berkualiti dapat dilahirkan dan beraksi di sekitar semenanjung sebagai permulaan untuk mencabar diri.

“Pastinya ia menjadi kebanggaan saya jika mereka mampu menyerlah di serata kelab lain selepas tampil menyerlah bawah kendalian Irfan Bakti dan saya,” terang beliau akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN