Suku Akhir UCL 2017/18: Jaringan Menarik Cristiano Ronaldo Beri Real Madrid Bekalan Selesa

Ronaldo

Real Madrid semakin mendekatkan diri dengan saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah menewaskan Juventus 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Allianz Stadium.

Wakil Sepanyol yang telah menjuarai saingan berprestij Eropah itu buat dua tahun berturut-turut sebelum ini dibantu dengan dua jaringan daripada Cristiano Ronaldo dan satu lagi gol dihasilkan oleh Marcelo.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk merobek gawang Juventus yang dikawal Gianluigi Buffon.

Gol tersebut terhasil berpunca daripada hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol tuan rumah yang dilakukan Isco lalu berjaya disambar Ronaldo untuk jaringan pembukaan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Juventus berusaha untuk kembali menyamakan kedudukan, namun pertahanan Real Madrid yang dikemudi Sergio Ramos kental bertahan menyerap asakan dari Juventus.

Real Madrid berpeluang untuk menambah jaringan pada babak pertama selepas rembatan kencang yang dilakukan Toni Kroos dari luar kotak penalti hanya singgah di palang gol.

TURIN, ITALY – APRIL 03: Cristiano Ronaldo of Real Madrid scores his sides second goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Juventus and Real Madrid at Allianz Stadium on April 3, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

Jaringan awal dari Cristiano Ronaldo itu kekal hingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, anak buah Massimiliano Allegri sesekali mencuba untuk mengasak ke kubu pasukan pelawat.

Bagaimanapun usaha yang dilakukan telah dinafikan kegagalan jentera serangan menyudahkan peluang yang terhidang.

Cristiano Ronaldo membuktikan pujian yang diberikan oleh Buffon terhadap dirinya mengenai ‘pembunuh’ dihadapan gol adalah satu perkara yang tepat apabila beliau menambah jaringan kedua pada minit ke-64.

Pemain berusia 33 tahun itu meledakkan satu rembatan akrobatik menarik yang membuatkan Buffon hanya mampu melihat jaringan kedua tersebut terhasil.

Lebih parah buat Juventus apabila penyerang Argentina, Paulo Dybala diperintah keluar padang selepas pemain berusia 24 tahun itu menerima kad kuning kedua pada minit ke-66.

Marcelo menambah derita tuan rumah dengan menghasilkan jaringan ketiga hasil permainan satu dua beliau bersama Ronaldo untuk memberikan kelebihan selesa buat Real Madrid menjelang pertemuan suku akhir kedua nanti.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 12 April ini di Santiago Bernabeu untuk mengesahkan satu slot ke peringkat separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN