Pertemuan Kedah dan Perak dalam final Sukma 2018, acara bola sepak pastinya menjadi tumpuan. Perlawanan disaksikan puluhan ribu penyokong.
Perak dalam misi untuk mempertahankan pingat emas mereka yang dimenangi pada 2 edisi terakhir sebelum ini pada 2014 dan 2016.
Kali ini mereka beraksi di bumi mereka sendiri. Ianya pasti istimewa untuk mereka dikalungkan pingat emas di sini.
Kedua-dua pasukan nampak bergelut untuk mendapatkan gol pendahuluan. Kedah mencipta lebih banyak percubaan pada separuh masa pertama berbanding dengan pasukan Perak.
Kedah mendahului pada separuh masa kedua menerusi kapten pasukan Fadzrul Daniel pada minit ke-64.
Ianya satu percubaan daripada sepakan percuma yang tidaklah deras namun penjaga gol Perak terperangkap.
Kegembiraan itu tak lama, kerana pada minit ke-66 pasukan Perak menyamakan kedudukan menerusi Alif Safwan. Pemain yang baru beberapa minit berada di atas padang.
Perak tampil lebih yakin dan menambah 1 lagi gol pada minit ke-70 menerusi Asyraaf Pushni. Ianya daripada situasi pergelutan dalam kawasan gol Kedah.
Pada minit akhir terutama masa kecederaan menghantar kesemua pemain mereka ke atas termasuk penjaga gol
Namun Perak berjaya mempertahankan emas Sukan Malaysia untuk kali ke-3 berturut-turut.
Kedah kecewa kerana gagal menamatkan kemarau emas mereka selama 32 tahun lamanya.
Sebagai rekod Kedah adalah pemenang edisi sulung acara bola sepak dalam SUKMA pada 1986. Itulah kali terakhir mereka memenangi emas SUKMA.
Perak mengulangi pencapaian Pahang dan Terengganu untuk mempertahankan pingat emas SUKMA acara bola sepak selama 3 edisi beturut-turut .
Perak menag emas, Kedah menang Perak dan Sabah menang gangsa.