SUKMA 2018: Pemain PKNP FC Perkuatkan Skuad Bola Sepak Perak

PKNP FC

Juara bertahan acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) iaitu Perak bakal menurunkan barisan terkuat yang terdiri daripada beberapa pemain muda yang berpengalaman beraksi dalam saingan Liga Super.

Gandingan skuad Piala Presiden dan pemain utama PKNP FC menjadi taruhan Perak untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi oleh mereka tahun lalu.

Menurut laporan daripada Berita Harian, 8 pemain daripada skuad PKNP FC itu terdiri daripada Syafiq Afifi Suhaimi (penjaga gol), Filemon Anyie Standly, Sabir Salim, Syahmi Shukri (pertahanan), Afif Safwan Sallahuddin, Hafidz Kamaruddin, Aysraaf Mat Pushni dan Saifuddin Khairil Anuar (penyerang).

Jurulatih skuad SUKMA Perak, Chan Wing Hoong menjelaskan mereka sudah lama merancang untuk membentuk barisan yang mantap dengan memberi pendedahan kepada pemain muda dari skuad Piala Presiden.

“Sejak awal musim ini, kami menyerap pemain pasukan Piala Presiden secara berperingkat ke dalam skuad utama PKNP bagi tujuan memberikan mereka pendedahan.

“Malah beberapa pemain seperti Alif, Sabir, Syafiq dan Filemon beberapa kali diturunkan dalam kesebelasan utama PKNP untuk perlawanan Liga Super.

“Saya rasa dengan pengalaman beraksi dalam Liga Super, mereka sudah cukup matang untuk membawa cabaran Perak pada SUKMA kali ini malah saya tidak nafikan mereka menjadi sandaran utama untuk mempertahankan emas,” katanya.

Selain itu, penjaga gol simpanan skuad Liga Super The Bos Gaurus, Nasrullah Aziz dan Derek Leong yang beraksi di luar negara bersama City University of Hong Kong dalam Liga Universiti Hong Kong turut memperkuatkan pasukan.

Pemain muda Perak yang beraksi di Hong Kong, Derek Leong.

“Sebagai juara dua kali berturut-turut (2014 dan 2016), memang Perak mahu mencipta sejarah untuk melakukan hatrik. Tapi kami tidak boleh terlalu yakin kerana pasukan seperti Kedah dan Terengganu juga memiliki skuad yang kuat.

“Kami lebih selesa mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan tanpa terlalu memikirkan mengenai emas. Ia bagi mengelak pemain daripada tertekan,” ujar Wing Hoong.

Perak berada dalam Kumpulan A bersama Sarawak, Negeri Sembilan dan Perlis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN