“Sukar Dan Tak Sabar” – Sudah Berada Di Malaysia, Ini Pandangan Kim Pan-gon Tentang Dua Seteru Senegara

Ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu dari Korea Selatan, Kim Pan-gon dikhabarkan sudah tiba di Malaysia untuk menggalas tanggungjawab baharunya itu.

Menurur Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, jurulatih berusia 52 tahun itu tiba di Malaysia dari Korea Selatan, petang semalam.

Turut tiba  bersama Kim Pan-gon, adalah barisan kejurulatihannya iaitu jurulatih penjaga gol Cho Jun Ho, Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).

Manakala penolong jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente belum lagi tiba di Malaysia kerana perlu menjalani kuarantin di negaranya.

Derbi jurulatih Korea Selatan

Pelantikan Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad kebangsaan yang baharu bermakna ia berpotensi mewujudkan perseteruan di kalangan jurulatih dari Korea Selatan di rantau ini.

Seperti semua sedia maklum, Vietnam dilatih oleh Park Hang-seo sejak 2017. Manakala Indonesia pula kini dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong.

Situasi ini menjadikan mana-mana perlawanan membabitkan Indonesia, Vietnam dan Malaysia menjadi semakin panas dan mendapat liputan meluas media di rantau ini, dan juga di Korea Selatan.

Apa pendapat Kim Pan-gon?

Sudah tentu Kim Pan-gon mempunyai pendapat dan pandangan mengenai kedua-dua jurulatih dan rakan senegaranya itu. Sebelum terbang ke Malaysia, Kim Pan-gon sempat memberikan pandangan beliau mengenai kedua-dua bakal pencabarnya itu.

Mengenai Park Hang-seo, jurulatih baharu Harimau Malaya itu berkata: “Park Hang-seo telah melatih skuad kebangsaan Vietnam sejak beberapa tahun lamanya dan baru-baru ini mereka berjaya menewaskan China.

“Saya berpendapat beliau telah mempunyai banyak pencapaian di Asia Tengagra bersama Vietnam. Oleh kerana itu, sukar untuk berharap saya mampu menewaskan Park Hang-seo pada masa terdekat.

“Namun demikian, saya beharap mampu melakukannya suatu hari nanti,” ujar beliau seperti yang dipetik daripada Dantri.

Kim Pan-gon bagaimana pun mempunyai pandangan yang sedikit berbeza ketika membicarakan cabaran yang bakal dibawa oleh Indonesia dan Shin Tae-yong.

Pada masa yang sama saya amat menantikan cabaran berhadapan Indonesia yang dilatih oleh Shin Tae-yong. Ia pasti akan menjadi perlawanan yang menarik,” tambahnya lagi.

Teruja cabaran Piala AFF

Sama ada ia adalah sasaran peribadi atau pun indeks pencapaian utama (kpi) yang ditetapkan oleh FAM, Kim Pan-gon seolah-lah amat teruja dengan pertandingan Piala AFF yang turut akan diadakan pada tahun ini.

“Saya sentiasa mahu membimbing Malaysia di dalam kejohanan ini. Saya amat sukakan atmosfera Piala AFF, iaitu sebuah kejohanan yang cukup berprestij di rantau Asia Tenggara,” jelas beliau lagi.

“Saya menantikan prospek membimbing pasukan Malaysia sambil menerima sokongan sepenuh jiwa penyokong di stadium. Itulah sebab utama mengapa saya langsung tidak teragak-agak untuk menerima tawaran melatih Malaysia.

“Sudah pasti saya akan kembali jua ke Korea suatu hari nanti. Tetapi buat masa sekarang saya mahu terus bekerja sebagai seorang jurulatih. Apabila usia saya mencapai 60, mungkin saya akan menjadi pengurus sahaja.”

Sebelum menerima tawaran bergelar ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa khas skuad kebangsaan bersama-sama Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA).

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN