Sukan SEA: Tampil Serba Tempang, Indonesia Tetap Buat Malaysia Kempunan Pingat

Skuad kebangsaan B-23 terpaksa menelan rasa kecewa di Stadium My Dinh dalam perlawanan penentuan pingat gangsa saingan Sukan SEA di tangan Indonesia setelah mereka tewas dalam penentuan penalti biarpun berjaya mengikat lawan sebelum itu pada penghujung perlawanan menerusi Hadi Fayyadh.

Tampil dengan serba tempang apabila dikhabarkan ramai pemain skuad kendalian Shin Tae-yo g mengalami kecederaan yang menyaksikan ada sedikit perubahan dibuat dalam kesebelasan utama sebentar tadi tidak menjadi masalah buat Indonesia memberi tentangn buat kem negara

Aksi sengit yang ditampilkan oleh kedua pasukan nyata memberi debaran buat para penyokong apabila Malaysia dan Indonesia saling berbalas serangan serta banyak percubaan berbahaya dijelmakan sepanjang perlawanan.

Seawal permainan menyaksikan penjaga gol Malaysia, Rahadiazli Rahalim sudah diuji dua percubaan tepat daripada pemain serangan Indonesia saat skuad kebangsaan masih lagi cuba menyesuaikan diri dalam permainan.

Sesekali Malaysia turut hadir mencipta peluang menerusi pertahanan, Quentin Cheng pada minit ke-17 yang melepaskan satu percubaan tepat dari luar kotak penalti sebelum ditepis pertahanan Indonesia.

Separuh masa kedua menyaksikan ada perubahan di bahagian serangan apabila Maloney memasukkan Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim untuk mencari gol awal Malaysia.

Hadi hampir meledak gol pertama negara pada minit ke-46 apabila beliau memperoleh peluang dalam petak penalti sebelum rembatan pemain tersebut hanya menggegar palang gol.

Pada minit ke-48 pula, giliran Luqman Hakim mendapat peluang untuk meledak gol apabila penyerang lincah ini berjaya melepasi seorang pertahanan Indonesia sebelum melepaskan rembatan yang sedikit sahaja tersasar di sebelah kiri gawang gol.

Syahir Bashah melepaskan peluang terbaik buat Malaysia untuk meledak gol sulung perlawanan pada minit ke-65 setelah rembatan beliau berjaya ditepis penjaga gol lawan biarpun dalam situasi satu lawan satu.

Malaysia mendapat dua lagi percubaan berturut-turut yang menuju tepat ke arah gawang gol Indonesia namun masih lagi gagal menemui penyudah yang dicari.

Pada minit ke-68 Ronaldo Kwateh berjaya membuka jaringan mereka untuk menghukum pertahanan Malaysia yang agak longgar setelah penyerang tersebut berjaya melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Rahadiazli dalam petak penalti.

Kecemerlangan Ernando Ari sekali lagi terbukti apabila berjaya mengecewakan Malaysia untuk memperoleh gol penyamaan setelah menerima rembatan deras daripada Luqman Hakim pada minit ke-76.

Hadi Fayyadh kembali menghidupkan peluang buat skuad negara apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-81 setelah bola yang terbias di tubuh pertahanan lawan tepat sampai ke kaki beliau dalam petak penalti sebelum penyerang tersebut terus membuat sepakan kencang yang menerjah gawang gol Indonesia.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti setelah kedua pasukan saling terikat dengan masing-masing mempunyai satu gol pada masa penuh perlawanan.

Indonesia berjaya meraih pingat gangsa dalam penentuan penalti tersebut setelah Marc Klok berjaya meledak gol terakhir dengan keputusan 4-3 untuk memberi kisah perit dalam kem kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN