Keluhan demi keluhan kedengaran sejak hari pertama dari kontinjen daripada pelbagai negara sejak tiba di Manila untuk temasya Sukan SEA.
Bagi skuad Bawah 23 (B-23) negara, tiada isu serius dilaporkan setakat ini selain daripada keadaan trafik menuju venue perlawanan.
Pasukan bola sepak lain ada yang terpaksa menunggu selama berjam-jam lamanya di lapangan terbang, selain dari dibawa ke hotel penginapan yang salah.
Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini berkata pasukannya tidak mengalami masalah untuk perjalanan daripada lapangan terbang sehingga ke hotel penginapan.
FULL STORY: Phisgoc apologizes for arrival chaos #SEAGames2019 | via @jonastsinelashttps://t.co/oZ4JZbqiMa
— Manila Bulletin Sports (@mbsportsonline) November 24, 2019
Malah skuad muda negara mempunyai akses untuk menjalani latihan di Stadium Peringatan Rizal (Rizal Memorial Stadium), pada hari yang sama mereka mendarat di Manila.
“Satu-satunya perkara yang kami tidak boleh kawal adalah keadaan trafik di Manila. Kesesakan trafik di sini amat teruk ditambah dengan bilangan pengguna yang mahu menyaksikan Sukan SEA,” kata beliau kepada The Star semalam.
“Kami harus merancang perjalanan ke stadium. Kami harus berhati-hati dengan ketepatan masa.”
#ล่าสุดเลยเช้านี้
สภาพภายในสนามซัลเมโมเรียล เข้าไปถึงกับผงะซึ่ง ห้องต่างๆเป็นดังภาพ พรุ่งนี้สนามนี้จะใช้แข่งนัดเปิดสนาม…Posted by Yanwang on tour on Sunday, November 24, 2019
Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal pula mengeluh mengenai keadaan stadium yang belum disiapkan sepenuhnya, namun menerima hakikat skuad negara harus membiasakan diri dengan keadaan tersebut sepanjang temasya berlangsung.
“Bilik persalinan pemain masih di dalam proses ubah suai. Tetapi kami mempunyai perlawanan penting menentang Myanmar (semalam).”
Dalam perlawanan sulung semalam, Malaysia terpaksa berpuas hati diikat Myanmar dengan jaringan 1-1.
LOOK: Ang Media Center o press conference area sa Rizal Memorial Stadium-Track and Football. #SEAGames2019 | via @Isa_Umali pic.twitter.com/Y8LuZrYlyc
— DZBB Super Radyo (@dzbb) November 25, 2019
Perkara sama juga dilaporkan di fasiliti-fasiliti lain, termasuklah bilik sidang media dan kemudahan wartawan bertugas sepanjang temasya di serata venue.
Berdasarkan perkongsian rakan media dari Manila, kerja pengubahsuaian tampak jauh daripada akan disiapkan dalam masa terdekat – dan mungkin hanya selesai selepas temasya ini nanti.
Dari segi kemudahan dan venue, Sukan SEA Filipina mungkin meletakkan diri di senarai teratas sebagai yang terburuk pernah dianjurkan.