Sukan SEA: Pengendali Indonesia Perlukan 3 Jam Sahaja Untuk Menilai Kelemahan Thailand

Indonesia bawah 22 (B-22) bakal menghadapi aksi final dalam acara bola sepak bagi saingan Sukan SEA 2023 pada hari ini dengan membuat perhitungan terakhir bersama Thailand.

Penantian mereka untuk menamatkan kemarau 32 tahun tanpa emas dalam acara tersebut bakal dilaksanakan hari ini atau ia akan terus ditangguhkan pada musim seterusnya pula.

Bertemu Thailand B-22 yang dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan musim ini pastinya memerlukan banyak persiapan dibuat oleh Sang Garuda untuk memastikan segalanya berjalan lancar pada hari perlawanan.

Menurut pengendali Indonesia B-22 iaitu Indra Sjafri, beliau mengakui sudah meneliti kekuatan serta kelemahan yang ada pada pasukan lawan sebagai salah satu bentuk persiapan sebelum ke final.

Selain bekerja keras mempersiapkan pasukan menerusi siri latihan serta mengatur taktikal buat para pemain, Indra juga mengakui perlu memahami kekuatan dimiliki oleh Thailand sebelum menghadapi mereka.

Malah, Indra juga mengakui menghabiskan masa selama tiga jam untuk menganalisa corak permainan lawan menerusi video-video yang ditonton.

Setakat ini, pengendali tersebut juga mendedahkan sudah mengetahui kelemahan dimiliki pasukan lawan hasil analisa beliau selepas meneliti klip video itu.

“Saya dan barisan kejurulatihan lain sudah pun menilai prestasi mereka sepanjang kejohanan ini berlangsung serta merakam semua perlawanan melibatkan Thailand.

“Kami juga turut menganalisa corak permainan yang mereka gunakan serta turut mengesan kekuatan dan kelemahan yang mereka ada untuk mengatasi Thailand.

“Silakan tunggu pada hari perlawanan dan semoga percaturan diterapkan kami berjaya untuk mengatasi pasukan lawan,” jelas Indra menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Indra turut menyatakan keadaan para pemain kini berada pada tahap terbaik untuk diturunkan pada perlawanan penting itu.

Walaupun mengesahkan Pratama Arhan dalam keadaan yang baik, pengendali tersebut menyatakan pemain itu tidak akan dibawa turun serta bakal digantikan oleh tonggak lain untuk berdepan Thailand.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN