Seorang pemain Kemboja, Phat Sokha hampir tertelan lidahnya sendiri jika tidak kerana tindakan pantas pemain lawan yang menyelamatkannya.
Insiden tersebut berlaku pada babak awal separuh masa kedua apabila Sokha berlaga dengan keras dengan salah seorang pemain Laos.
Apabila menyedari lawannya menunjukka petanda tidak sedarkan diri, pemain Laos, At Viengkham dengan pantas memasukkan tangan ke mulut Sokha dan membenarkan pemain itu mengigit jarinya – untuk mengelakkan Sokha tertelan lidahnya sendiri.
🇱🇦 LAOS PLAYER SAVES CAMBODIA PLAYER 🇰🇭
🆘 Laos player,Damoth lets Phat Sokha of U23 Cambodia bite his hand to prevent him from swallowing his tongue after the player had a collision during the match at #SEAGames31 today.#Respect👏🏻#SEAGames #Vietnam2022 pic.twitter.com/n2tU3mCbJw
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 9, 2022
Pasukan perubatan kemudiannya dilihat berkejaran masuk ke padang untuk membantu. Di tepi padang, jurulatih Kemboja, Keisuke Honda kelihatan kerisauan dengan situasi yang dihadapi anak buahnya.
Beberapa minit selepas itu jurulatih dari Jepun itu mampu menarik nafas kelegaan selepas pasukan perubatan memberi isyarat Sokha selamat.
Anehnya, pemain berjersi nombor lima itu dibenarkan untuk meneruskan perlawanan. Dalam kebanyakkan kes, pemain akan dikeluarkan untuk langkah keselamatan sekiranya insiden sedemikian berlaku.
Dalah perlawanan semalam, Laos tewas 1-4 kepada Kemboja. Namun tindakan bak adiwira beberapa pemain Laos mencuri perhatian di Sukan SEA kali ini.
Laos akan meneruskan saingan Kumpulan B bertemu Malaysia esok.
Kejadian lidah tertelan di kalangan pemain bola sepak
Istilah lidah tertelan atau tongue swallowing dalam Bahasa Inggeris adalah kejadian lidah tergelincir ke belakang sehingga masuk ke hulu kerongkong.
Kejadian itu akan menyebabkan mangsa berasa seperti tersedak dan tercekik. Dalam situasi ini, mangsa akan mengalami kesukaran pernafasan.
Former Liverpool defender Martin Skrtel saved from swallowing tongue after being knocked unconscious playing for Slovakia –
Former Liverpool defender Martin Skrtel suffered a health scare after almost swallowing his tongue following a blow to the … https://t.co/amyKWuMBoU pic.twitter.com/PuYdpYH3nW— SOCCER-MATE (@soccer_mate) March 26, 2018
Situasi ini terjadi apabila lidah menjadi lemas lalu menutup jalur pernafasan seseorang. Dalam bola sepak, pemain boleh tergigit lidah ketika pelanggaran keras dengan pemain lawan, menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Dalam keadaan tidak sedar diri, beliau sudah pun ‘tertelan’ lidah dan memerlukan pertolongan kecemasan dengan segera. Tanpa rawatan kecemasan, kejadian tersebut turut boleh membawa maut.