Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) terpaksa menelan hakikat yang perit apabila mereka mencatat kekalahan dalam aksi separuh akhir saingan Sukan SEA kepada tuan rumah, Vietnam di Stadium Viet Tri sebentar tadi dengan keputusan 0-1.
Keputusan Masa Penuh (Selepas Masa Tambahan)
Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2021 | Khamis, 19 Mei 2022
VIETNAM 🇻🇳 1-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Linh Nguyen Tien 110’
▶️ Malaysia bertemu Indonesia bagi penentuan pingat gangsa, Ahad ini (22 Mei 2022)#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/rcpVgjj5n6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 19, 2022
Satu jaringan sahaja daripada penyerang, Nguyen Tienh Linh pada penghujung perlawanan sudah cukup buat Vietnam untuk melangkah kaki ke pentas final dan memberi kekecewaan buat kem kebangsaan dalam aksi tersebut.
Dalam aksi yang sangat sengit itu menyaksikan perlawanan terpaksa diheret sehingga ke masa tambahan 30 minit untuk menentukan siapa layak ke pentas final.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong Vietnam, nyata skuad muda negara tidak kekok dan beraksi dengan penuh bersemangat untuk mencipta sejarah tersendiri ke peringkat final.
10 minit pertama perlawanan jelas kedua pasukan saling berhati-hati dalam menyusun gerakan dengan Vietnam dilihat lebih dominan di bahagian tengah berbanding skuad kendalian Brad Maloney yang sesekali hadir menerusi serangan balas.
Nik Akif Syahiran berjaya memperoleh satu peluang terbaik untuk meledak gol hasil tindakan susulan dari luar kotak penalti setelah sepakan penjuru diambil Malaysia tidak dikeluarkan dengan baik oleh pertahanan Vietnam pada minit ke-17.
Giliran Nguyen Tien Linh hadir mencemaskan pertahanan negara apabila penyerang tersebut berjaya melepasi perangkap offside pada minit ke-27 sebelum rembatan beliau sekadar melewati gawang gol biarpun Azri Ghani sudah pun tewas.
Pada minit ke-41, Tien Linh sekali lagi mencemaskan benteng pertahanan negara apabila berjaya melepaskan satu percubaan deras dari dalam petak penalti termasuk susulan daripada Nham Manh Dung sebelum Azri Ghani cemerlang menafikan bola tersebut daripada membocori gawangnya.
Keputusan Masa Penuh
Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Khamis, 19 Mei 2022
VIETNAM 🇻🇳 0-0 🇲🇾 MALAYSIA
* Perlawanan dilanjutkan ke Masa Tambahan#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/ZS99OADvq1
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 19, 2022
Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia dilihat beraksi dengan lebih baik untuk sesekali mengimbangi perlawanan serta mencipta ruang bagi mencari gol pertama negara.
Larian solo yang dibuat oleh Tien Linh pada minit ke-65 hampir memberi sesuatu buat Vietnam, namun pergerakan pemain tersebut berjaya disekat dengan baik oleh Azrin Afiq.
Menuju ke penghujung masa perlawanan, kedua pasukan masih lagi buntu untuk mendapatkan sebarang gol yang dicari bagi mencari tiket ke pentas final.
Menuju ke masa tambahan 30 minit, kedua pasukan tampak agak keletihan selain ada beberapa pemain Malaysia yang mengalami kecederaan kecil.
Vietnam akhirnya memecahkan kebuntuan mereka untuk mencari gol perlawanan pada minit ke-110 menerusi Tien Linh yang berjaya menanduk masuk bola ke gawang gol negara menerusi situasi sepakan percuma dari sebelah kiri.
GOL
Linh Nguyen Tien 110’MALAYSIA 🇲🇾 0-1 🇻🇳 VIETNAM#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/ehPvalZQre
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 19, 2022
Keputusan kekal sehingga ke wisel penamat masa tambahan dengan Malaysia tewas buat pertama kali dalam kejohanan ini di tangan Vietnam.
Aksi seterusnya bakal menyaksikan skuad muda kebangsaan berhadapan Indonesia bagi merebut pingat gangsa yang dijangka bakal sengit.