Ketua umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir dilihat mengambil pendekatan lebih bagus untuk menaikkan motivasi para pemain kebangsaan bawah 22 (B-22), dalam saingan Sukan SEA nanti.
Indonesia menjadi antara negara yang paling diberi tumpuan dalam persiapan mereka kerana pasukan tersebut bakal disertai oleh ramai pemain-pemain bintang.
Sukan SEA: Pratama Arhan & Marselino Ferdinan Dapat Pelepasan Kelab Untuk Perkuat Indonesiahttps://t.co/QC02xjcHkA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 21, 2023
Antara pemain bintang yang dipanggil kali ini termasuklah Pratama Arhan serta Marselino Ferdinan yang kini bermain di luar negara serta pernah membarisi skuad senior Indonesia.
Menurut Erick, beliau mengesahkan bakal memberi habuan bonus buat semua para pemain Indonesia B-22 jika mereka mampu untuk menggenggam pingat emas pada saingan kali ini.
Kenyataan itu pastinya akan menaikkan lagi motivasi para pemain untuk tampil lebih baik menjelang saingan yang akan membuka tirai tidak lama lagi di Kemboja.
Pingat emas pastinya menjadi sasaran utama Indonesia, kerana pasukan tersebut sudah begitu lama tidak merasainya sejak 32 tahun lalu dalam saingan tersebut.
Walaupun begitu, Erick enggan mendedahkan berapa jumlah wang yang bakal diberikan beliau kepada para pemain muda Indonesia jika mereka berjaya menjuarainya nanti.
Terang beliau, para pemain perlu mempamerkan terlebih dahulu usaha yang ada sebelum beliau menyatakan berapa insentif akan diberikan kepada mereka.
“Hanya PSM sahaja layak dapat bonus, takkan skuad kebangsaan tak ada? Mereka masih belum melakar juara, takkan sudah ingin berbicara tentang wang? Pamerkan prestasi terbaik dulu baru akan ada hasilnya nanti,” jelas Erick menerusi Bola.com.
Erick juga menegaskan kepada pemain supaya bermain demi nama negara, dan bukan sekadar memikirkan jumlah wang yang bakal diterima sahaja buat para pemain Indonesia.
“Jangan semuanya meletakkan mentaliti kepada kewangan sahaja, akhirnya tujuan asal untuk membawa nama negara telah tiada,” ulas Erick lagi.
Menerusi persiapan yang dibuat ketika ini, kemungkinan besar untuk mereka menjadi salah satu pasukan pencabar terkuat dalam saingan Sukan SEA nanti akan ada.
Tim U-22 Indonesia jalani internal game dengan skor akhir 2-2 pada Rabu (19/4) di Stadion Madya, Jakarta.
Terus berkembang, Garuda Nusantara! 🦅🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/i1f2IvgDwp
— PSSI (@PSSI) April 19, 2023
Dalam tempoh persiapan yang semakin singkat ketika ini, Indonesia dilaporkan akan berlepas ke Kemboja pada 25 haribulan ini sebelum tirai saingan dibuka.