Sukan SEA: Indonesia Mampu Ulangi Sejarah Emas 32 Tahun Lalu

Penantian Indonesia bawah 22 (B-22) untuk menggenggam pingat emas dalam acara bola sepak bagi saingan Sukan SEA dilihat cerah selepas mereka berjaya mara ke final semalam.

Tampil dengan persiapan yang sangat rapi sebelum saingan bermula, pasukan ini tampil menyerlah sejak perlawanan pertama peringkat kumpulan dengan aksi cukup positif.

Setelah gagal untuk mara ke final pada tahun lalu, pastinya peluang pada kali ini tidak akan disia-siakan mereka untuk memberi kegembiraan besar buat para penyokong Indonesia.

Walaupun pada awalnya tidak ramai memberi harapan kepada Indonesia B-22 pada aksi separuh akhir menentang Vietnam B-22, skuad kendalian Indra Sjafri tampil dengan sangat konsisten untuk menewaskan pasukan lawan dengan aksi cukup dramatik.

Pada saingan tersebut, Indonesia B-22 berjaya menewaskan lawan menerusi keputusan penuh 3-2 dengan sangat dramatik selepas pemain Sang Garuda sebelum dilayangkan kad merah.

Walaupun tidak menguasai permainan dengsn begitu baik, Indonesia B-22 tampil dengan corak permainan cukup berdisiplin untuk mengurangkan segala ancaman lawan dalam mendapatkan gol.

Sebaliknya, mereka lebih banyak membuat serangan balas pantas untuk memerangkap Vietnam B-22 dengan kombinasi permainan cukup baik sebelum mengesahkan kemenangan penting untuk mara ke pusingan akhir.

Jika dilihat pada senarai nama pemain dipanggil kali ini, hampir keseluruhan daripada mereka merupakan tonggak yang beraksi bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Witan Sulaeman, Rizky Ridho, Ramadhan Sananta, Beckham Putra antara bintang-bintang muda yang sebelum ini kerap menghiasi kesebelasan utama dalam saingan tempatan.

Malah, mereka juga mempertaruhkan pemain muda meningkat naik yang ketika ini beraksi di luar negara dalam skuad kebangsaan iaitu Pratama Arhan dan Marselino Ferdinan.

Gabungan pemain tersebut juga rata-ratanya sudah terbiasa beraksi bersama skuad senior seperti Arhan dan Marselino dengan aksi matang dipamerkan mereka di atas padang.

Maka ia memudahkan lagi tugas Indra Sjafri yang merupakan ketua pengendali skuad B-22 ini untuk membentuk taktikal lebih baik bagi menghadapi pasukan lawan.

Untuk aksi final ini, mereka bakal berhadapan Thailand yang berjaya mengetepikan Myanmar pada aksi separuh akhir semalam untuk muncul selaku salah satu pasukan pilihan ramai saingan Sukan SEA 2023.

Kini, terserah kepada mereka untuk menjadikan generasi baharu itu melakar sejarah baharu mendapatkan pingat emas atau mereka sekali lagi akan terus kempunan dan berusaha pada edisi berikut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN