Sukan SEA: Indonesia Keronyok Brunei, Garuda Muda Hampiri Semifinal

Indonesia kini berada di landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir. Mereka menang 8-0 ke atas pasukan Brunei Darussalam.

Garuda muda kini memiliki kelebihan berbanding dengan pasukan Thailand yang turut mengutip 9 mata, sama seperti mereka.

Namuns saingan masih lagi terbuka kepada 3 pasukan iaitu Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Tetapi Indonesia akan berhadapan dengan Laos pada perlawanan terakhir, sementara Thailand perlu berhadapan dengan Vietnam.

Kemenangan dalam aksi berhadapan Laos akan membolehkan Indonesia mara.

Saingan kumpulan B sangat sengit. Apabila Vietnam masih gagal mengesahkan kemaraan mereka walaupun sudah menang 4 kali daripada 4 perlawanan.

Dalam aksi yang berlangsung di Binan Football Stadium, Osvaldo Haay menyumbang hatrik untuk pasukan Indonesia. Osvaldo kini menjadi pendahulu senarai penjaring terbanyak kejohanan.

Pemain muda berbakat besar, Egy Maulana Vikri pula menjaringkan dua gol. Manakala Saddil Ramdani, Witan Sulaeman, dan Andy Setyo, masing-masing menymbang 1 gol.

Kemenangan bergaya itu membolehkan Indonesia berada di tangga kedua kumpulan B sebelum perlawanan terakhir mereka.

Dalam satu lagi aksi, Thailand memerlukan 2 jaringan lewat oleh Suphanat Mueanta untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Laos.

Pasukan manakah yang akan lolos daripada kumpulan B ini? Ianya hanya akan ditentukan pada hari perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN