Danial Amier Norhisham bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik menjelang perlawanan terakhir kumpulan B menentang Kemboja.
Danial Amier antara pemain tengah yang cemerlang ketika membantu Malaysia dalam aksi Piala Asia B-23 di China yang lalu.
Dan kini, Danial Amier masih lagi tercari rentak terbaik beliau di atas padang. Malah beliau sendiri mengakui kecewa dengan prestasinya setakat ini.
Namun Danial Amier mahu menebus prestasi tak menentu beliau dalam beberapa perlawanan awal dengan aksi terbaik berhadapan dengan Kemboja.
Malaysia mempunyai kelebihan perbezaan gol +3 berbanding dengan Filipina. Namun Malaysia sedar Kemboja merupakan lawan yang lebih kuat berbanding dengan Timor Leste yang akan menjadi lawan terakhri Filipina.
Skuad B-22 Malaysia pernah tewas di tangah Kemboja dalam aksi Piala AFF B-22 pada Februari lalu.
Danial Amier mahu membalas kepercayaan oleh Datuk Ong Kim Swee sekiranya beliau diturunkan dalam aksi berhadapan dengan Kemboja.
Bercakap keapda Harian Metro, Danial berkata: “Saya kecewa dengan prestasi sendiri. Apa yang saya tahu, saya mampu bermain lebih baik. Saya kena cari balik rentak dan bantu skuad kita ke separuh akhir.”
Beliau juga mahu kekalahan di tangan Kemboja sebelum ini mempengaruhi mentaliti dan prestasi para pemain Harimau Muda di atas padang.
“Harap itu (tewas awal tahun di AFF) tak mempengaruhi pasukan, saya ambil ia sebagai pembakar semangat untuk kita jadi lebih baik,” tambah beliau lagi.
Malaysia dalam misi wajib menang dan cuba memastikan kelebihan perbezaan jaringan mengatasi Filipin. Jika seri, Malaysia pastinya akan tersingkir, apatah lagi kalah.
Ayuh Danial Amier dan rakan-rakan, buktikan kemampuan anda.