Indonesia bawah 22 (B-22) bakal menghadapi cabaran pertama mereka dalam saingan Sukan SEA tahun ini untuk berhadapan Filipina demi misi utama mereka mendapatkan pingat emas.
Persediaan yang dibuat mereka sebelum itu juga jelas sangat serius menerusi senarai nama dipanggil oleh ketua jurulatih iaitu Indra Sjafri di segenap posisi.
Laga perdana semakin dekat! 🔥
Terus berlatih, Garuda Nusantara! 🦅#KitaGaruda pic.twitter.com/Pm8awbpe6g
— PSSI (@PSSI) April 27, 2023
Antara menjadi tumpuan pastinya terarah kepada pemain tengah berbakat besar Indonesia iaitu Marselino Ferdinan yang kini merupakan salah seorang bintang sensasi di Belgium.
Beraksi di Belgium bersama KMSK Deinze, pastinya kini Marselino terpaksa menyesuaikan kembali perbezaan suhu serta persekitaran kerana cuaca di Kemboja dilaporkan sangat panas.
Walaupun begitu, Marselino mengakui beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikannnya dengan cepat demi membantu pasukan.
Untuk cepat menyesuaikan diri dengan cuaca serta suhu persekitaran, pemain tengah menyerang ini menganggap ia bukan satu masalah cepat sebagai seorang bintang profesional.
“Tentang penyesuaian diri, pertama sekali saya akui cuaca di Kemboja ketika ini sangat panas. Untuk menangani perkara tersebut, sudah tentu saya perlu cepat menyesuaikannya dengan cepat.
“Tetapi jika anda tanya yang mana saya lebih suka, sudah tentu saya akan memilih menyesuaikan diri dengan cuaca panas daripada sejuk,” terang Marselino menerusi CNN Indonesia.
Ketika ditanya tentang keadaan diri, Marselino mengakui masih penat daripada segi fizikal kerana mengharungi perjalanan yang sangat jauh demi Sukan SEA.
“Badan saya dalam keadaan sangat terbaik ketika ini untuk membantu pasukan, tetapi daripada segi fizikal masih lagi ‘jetlag’ dan kesannya menyebabkan rasa letih itu masih ada.
“Jika saya melihat keadaan rakan sepasukan ketika ini, segala persiapan berjalan dengan sangat lancar dan kami sedia untuk menghadapi Filipina pada perlawanan pertama,” tambah Marselino.
Tim U-22 Indonesia jalani latihan perdana pada Rabu (26/4) di The Dream Visakha Training Camp, Kamboja.
Semangat persiapkan diri, Garuda Nusantara! 🦅🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/OQK6GDfF7a
— PSSI (@PSSI) April 26, 2023
Pada masa sama, Marselino juga mengakui kesan perjalanan jauh itu pada awalnya memberi kesan buat beliau dalam sesi latihan sulung bersama Indonesia.
Tetapi, pemain tersebut juga menyatakan beliau ketika ini sangat gembira dan teruja dalam sesi latihan kerana dapat kembali bersama Sang Garuda setelah sekian lama.