Malaysia bawah 22 (B-22) secara rasminya sudah pun tersingkir awal dalam acara bola sepak bagi saingan Sukan SEA 2023, selepas mencatat kekalahan kedua dengan giliran Vietnam menjadi penghalang buat skuad negara.
Pada perlawanan tersebut, ianya tampil dengan sangat kontroversi selepas beberapa keputusan dibuat pengadil sangat mengecewakan, sehingga dua pemain negara dilayangkan kad merah.
Apa yang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada barisan pemain Vietnam yang bijak ‘berlakon’ di atas padang untuk memanipulasi pengadil sehingga ada layangan kad tidak sepatutnya Malaysia.
Dua jaringan Vietnam terhasil menerusi penyerang mereka iaitu Nguyen Van Tung, selain satu gol tunggal negara disumbangkan oleh Aiman Afif pada separuh masa pertama.
Separuh Masa
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Isnin, 8 Mei 2023
MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇻🇳 VIETNAM
⚽️ Aiman Afif 43’
⚽️ Nguyen Van Tung 7’ (P) 33’#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/bjT8Ac9W9i— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 8, 2023
Lima minit permainan menyaksikan kedua pasukan sengit mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan awal menerusi intensiti perlawanan tinggi dipamerkan.
Vietnam terlebih dahulu mendapat peluang sepakan penalti, setelah percubaan dibuat mereka sebelum itu terkena tangan salah seorang pertahanan skuad kebangsaan, Harith Haiqal.
Pasukan lawan akhirnya memperoleh gol pertama mereka pada minit keenam setelah sentuhan susulan daripada salah seorang pemain Vietnam berjaya menewaskan Sikh Izhan, walaupun penjaga gol itu terlebih dahulu menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-6.
Perlawanan juga terpaksa dihentikan seketika, setelah Sikh Izhan mengalami kecederaan hasil perlanggaran bersama pemain lawan sewaktu cuba menyelamatkan bola daripada membolosi gawang gol.
Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, Malaysia masih lagi gagal untuk mendapatkan sebarang percubaan tepat untuk menguji penjaga gol Vietnam sekurang-kurangnya.
Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan dengan sangat baik dengan beberapa siri serangan cuba dijana menerusi kelincahan Haqimi Azim.
Namun, kualiti penyudah masih lagi membelenggu skuad muda negara ini selain faktor pertahanan Vietnam yang berdisiplin untuk menyerap segala asakan dibuat Malaysia.
Vietnam terus mempamerkan kualiti mereka pada perlawanan ini, selepas berjaya mendapatkan jaringan seterusnya pada minit ke-32, selepas kesilapan yang dibuat oleh pertahanan negara untuk membenarkan gerakan berbahaya dibuat lawan.
Malaysia akhirnya memperoleh gol sulung yang dicari menerusi penyerang negara iaitu Aiman Afif yang membuat sepakan susulan hasil daripada sepakan percuma di sebelah kiri lawan pada minit ke-44.
Aliff hampir menambah gol kedua buat Malaysia, sebelum rembatan beliau pada minit ke-45 sedikit melambung tinggi walaupun hanya berhadapan penjaga gol Vietnam.
Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia tampil dengan positif awalnya untuk terus menekan pasukan lawan bagi mendapatkan gol penyamaan.
Najmudin Akmal juga turut melepaskan satu peluang terbaik untuk mendapatkan gol kedua, selepas percubaan beliau sedikit tersasar dari gawang gol lawan pada minit ke-52.
Walaupun tampil lebih baik di separuh masa kedua, Malaysia jelas masih lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gol kedua yang dicari mereka.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya B-22
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇻🇳 VIETNAM
🕗 8.00 Malam (Waktu Malaysia)
🏟️ Stadium Prince, Phnom Penh
📺 Saluran TV Okey, 110 MYTV, 146 Astro, Saluran Sukan RTM & 111 MYTV#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/kChStBYaeZ— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 8, 2023
Pada minit ke-78, Safwan Mazlan menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad merah, walaupun masih baharu dimasukkan kerana mengasari pemain Vietnam dalam petak penalti.
Tidak lama kemudian, giliran Najmudin pula menjadi mangsa kontroversi pengadil dengan layangan kad kuning kedua dan terpaksa keluar dari padang dengan baki masa yang tinggal kurang daripada 10 minit.
Keputusan perlawanan kekal dengan Malaysia terus mencatat kekalahan kedua mereka dalam Kumpulan B dan secara rasminya sudah pun tersingkir lebih awal berbanding tahun lalu.