Sukan SEA 2023: Mampukah Elavarasan ‘Pujuk’ Kelab Lepaskan Arif Aiman, Mukhairi Ajmal?

Elavarasan FAM

Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia, E. Elavarasan sudah pun melaungkan hasrat untuk mengutip pingat emas dalam acara bola sepak temasya Sukan SEA yang bakal berlangsung di Kemboja pada bulan Mei akan datang.

Untuk mengulangi kejayaan yang kali terakhir dilakukan pada 2011 di Jakarta itu, tentunya skuad muda negara memerlukan beberapa pemain utama.

Elavarasan ketika sidang media yang diadakan di Wisma Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui beliau memerlukan beberapa pemain berkualiti seperti Arif Aiman Hanapi, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Luqman Hakim Shamsuddin untuk merealisasikan sasaran tersebut.

“Untuk Sukan SEA, kami tumpukan pemain ini bagi bersama skuad B-23. Ia bergantung kepad pasukan dan sudah pasti jurulatih kelab akan memberi keutamana untuk mewakili pasukan mereka, pemain itu pun ada kontrak,” ujar bekas ketua jurulatih Sarawak United itu.

“Ia juga terpulang kepada siapa yang kita akan panggil, tapi kalau mereka (kelab) tidak lepaskan pemain, kami ada kumpulan pemain yang besar dan sebab itu kami buat persiapan awal sekarang termasuk menguji pemain baharu.

“Sudah pasti kualiti pemain yang beraksi di Liga Super berbeza. Pemain bintang seperti Arif Aiman, ia bergantung kepada pengurusan kelab.

“Namun, jika mereka lepaskan pemain untuk sertai kami, ia satu perkata yang sangat bagus sebab dia ada kualiti dan keyakinan. Luqman Hakim pun kita sedang lihat, pada masa ini dia bermain di Iceland. Mungkin kalau ada ruang dia boleh sertai kami,” katanya.

Berdasarkan jadual Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini, mungkin tiada masalah untuk kelab-kelab melepaskan pemain yang disenaraikan untuk ke Sukan SEA, namun seperti sedia maklum, beberapa kelab bertegas untuk tidak melepaskan pemain bagi kejohanan di luar kalender FIFA.

Ia telah berlaku pada penghujung tahun lalu apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City tidak melepaskan pemain-pemain mereka untuk menyertai skuad negara bagi menghadapi kejohanan Piala AFF 2022.

Terbaharu Selangor turut mengumumkan pihaknya juga akan melakukan perra yang sama bagi mengutamakan cita-cita dan sasaran kelab.

Arif Aiman meskipun pada usia muda telah memegang status pemain paling bernilai (MVP) untuk dua musim berturut-turut, manakala Mukhairi pula sudah dua musim diberikan peranan sebagai tonggak utama Selangor di bahagian tengah pasukan.

Maka tentunya agak sukar untuk dua pemain ini dilepaskan oleh pasukan masing-masing dan Elavarasan mengakui kegagalan untuk mendapatkan mereka boleh menjejaskan persembahan pasukannya di Sukan SEA nanti.

“Sudah pasti akan memberi kesan kepada persembahan pasukan jika anda tidak dapat set pemain terbaik, tapi saya yakin semua pasukan mahu kami dapatkan keputusan positif dan mereka juga akan memberi kerjsama yang baik,” tambahnya lagi.

Dasar penswastaan Liga-M telah menjadikan seseorang pemain itu merupakan ‘hak mutlak’ pihak kelab berdasarkan setiap sen yang dibayar kepada mereka.

Kini segalanya bergantung kepada kebijaksanaan Elavarasan untuk berbincang dengan kelab-kelab berkaitan untuk Malaysia meraih ibu segala pingat bagi temasya sukan Asia Tenggara ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN