Sukan SEA 2019: Nguyen Quang Hai Jadi Sandaran Vietnam

Vietnam

Enam pemain yang seringkali dipanggil membarisi skuad senior bakal menjadi tunjang kepada kekuatan Vietnam bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2019.

Pemain yang menjadi pilihan ketua jurulatih, Park Hang-Seo ialah Nguyen Quang Hai, Nguyen Thanh Chung, Doan Van Hau, Nguyen Trong Hung, Nguyen Tien Linh, dan Nguyen Hoang Duc.

Dalam pada itu, kuota pemain yang melebihi usia 22 tahun pula diisi oleh dua pemain tengah, Nguyen Trong Hoang (30 tahun) dan Do Hung (26 tahun).

Vietnam yang masih belum pernah mengecapi nikmat selaku juara acara bola sepak Sukan SEA menyasarkan untuk muncul juara pada edisi kali ini.

Pencapaian terbaik yang pernah diraih Vietnam adalah melayakkan diri ke perlawanan akhir sebanyak lima kali tetapi empat kali dikecewakan Thailand manakala Malaysia menjadi penghalang pada edisi 2009 yang merupakan penampilan terakhir mereka di pentas final.

Dalam saingan di Filipina nanti, Vietnam akan berada dalam kumpulan B bersama-sama Thailand, Indonesia, Singapura, Laos dan Brunei.

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain Vietnam yang akan beraksi di Sukan SEA 2019:

Penjaga gol: Bui Tien Dung (Ha Noi FC), Nguyen Van Toan (Hai Phong)

Pertahanan: Ho Tan Tai (Becamex Binh Duong), Bui Tien Dung, Do Thanh Thinh (SHB Da Nang), Nguyen Duc Chien (Viettel), Le Ngoc Bao (Pho Hien), Huynh Tan Sinh (Quang Nam), Doan Van Hau (SC Heerenveen), Nguyen Thanh Chung (Ha Noi FC)

Tengah: Truong Van Thai Quy, Do Hung Dung, Nguyen Quang Hai (Ha Noi FC), Trieu Viet Hung, Tran Thanh Son (Hoang Anh Gia Lai), Nguyen Trong Hoang, Nguyen Hoang Duc (Viettel), Nguyen Trong Hung (Thanh Hoa)

Penyerang: Nguyen Tien Linh (Becamex Binh Duong), Ha Duc Chinh (SHB Da Nang)

Kredit foto: Foxsports Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN