Sukan SEA 2019: Kim Swee Bakal Rombak Taktikal Selepas Dua Aksi Mengecewakan

Bagi memburu kemenangan pertama dalam perlawanan peringkat kumpulan temasya Sukan SEA 2019, pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee akan menggunakan pendekatan berbeza ketika berdepan dengan Timor-Leste di Stadium Memorial Rizal pada Isnin.

Tugas utama Kim Swee bukan sekadar mencatat kemenangan, tetapi lebih daripada itu, skuad negara perlu menang dengan jumlah gol yang besar bagi mencerahkan peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir selepas gagal mengutip mata penuh dalam dua perlawanan sebelum ini.

Malaysia hanya mengumpul satu mata sahaja setakat ini. Jika menang baki dua perlawanan menentang Timor-Lester dan Kemboja, skuad negara akan mengumpul tujuh mata. Jumlah mata yang sama boleh diaraih pasukan tuan rumah Filipina jika mereka menumpaskan Timor-Leste dalam perlawanan terakhir pasukan berkenaan.

Jadi apa yang diperlukan Malaysia adalah menjaringkan sebanyak mungkin gol dalam baki dua perlawanan akhir peringkat kumpulan ini. Persoalannya, dengan corak permaianan kurang meyakinkan yang dipamerkan dalam dua perlawanan awal mampukan anak buah Kim Swee merealisasikannya?

Jurulatih berusaia 48 tahun itu sudah pun mengingatkan pemainnya agar tidak mensia-siakan peluang tipis yang mereka ada dengan memberikan sepenuh tumpuan bagi memastikan skuad B-22 dapat merebut kedudukan di tangga kedua kumpulan A.

“Kami memerlukan jaringan, jadi pendekatannya mungkin berbeza, pada masa yang sama kami mesti seimbang dengan pertahanan jadi kami tidak terperangkap dalam serangan balas.

“Kami tidak boleh memandang rendah Timor Leste, bagi saya kita harus menghormati pasukan lawan tetapi pada masa sama, kita masih boleh mencapai hasil yang kita mahukan,” katanya kepada Bernama semasa sesi latihan hari ini.

Skuad negara hadir ke Filipina dengan reputasi tinggi selepas muncul pemenang pingat perak dalam kejohanan itu pada dua tahun lepas di Kuala Lumpur. Kim Swee pula mempunyai rekod cemerlang selepas membawa skuad negara meraih pingat emas temasya sukan dwi tahunan itu pada tahun 2011.

Namun demikian, selepas terikat 1-1 dengan Myanmar dalam perlawanan pertama dan tewas 1-0 di tangan Filipina, skuad negara menempuh jalan sukar untuk memburu ibu segala pingat itu.

Berikutan keputusan buruk itu, Kim Swee jelas enggan menyalahkan faktor luaran seperti tempoh persediaan pasukan yang singkat berbanding pasukan-pasukan lain mahupun isu padang tiruan sintetik yang dikatakan mengganggu corak permainan.

Untuk perlawanan menentang Timor-Leste, Kim Swee akan mempertaruhkan corak permainan pantas bagi mengatasi kelebihan fizikal pemain pasukan kerdil. Sejauh mana kepantasan yang akan dipamerkan anak buah Kim Swee, kita nantikan dalam perlawanan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN