Sukan SEA 2019: Jurulatih Bola Sepak Wanita Vietnam Terpaksa Beli Buah Tampung Nutrisi

Aduan demi aduan disalurkan oleh kontinjen bertanding mengenai penganjuran Sukan SEA 2019 di Filipina pada kali ini.

Daripada hal logistik, hotel penginapan, isu makanan halal untuk kontinjen, fasiliti pemain di stadium, dan bilik media untuk wartawan bertugas, semuanya tampak tidak kena.

Maka tidak hairanlah penganjur menerima timbunan aduan, sekali gus menjadikan penganjuran temasya dwi tahunan ini menjadi paling buruk dalam sejarah.

Kini timbul lagi cerita baru dari Sukan SEA dan acara bola sepak. Kali ini membabitkan pasukan bola sepak wanita Vietnam.

Ketua Jurulatih skuad bola sepak Vietnam, Mai Duc Chung bersama dengan pasukan kejurulatihan yang lain kelihatan berada di sebuah pasar raya berdekatan dengan hotel penginapan pasukan.

Tujuan mereka berada di situ adalah untuk membeli buah-buahan disebabkan penganjur gagal menyediakan makanan dengan nutrisi yang mencukup untuk pemain dan atlet bertanding.

Skuad bola sepak Vietnam berpengkalan di Bandar Silang, Filipina. Diundi di dalam Kumpulan B, Vietnam akan memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Thailand pada hari ini.

Sebelum ini penganjur turut dibidas kerana tidak mengendahkan nasihat pihak berwajib untuk menyediakan makananan halal untuk atlet.

Perkara itu bagaimanapun diperbaiki selepas aduan oleh Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN