Sukan SEA 2019: Jangan Pandang Rendah Pasukan Lawan – Hadi Fayyadh

Hadi Fayyadh

Penyerang tinggi lampai skuad bawah 22 (B-22) negara, Hadi Fayyadh menggesa rakan-rakannya untuk mempamerkan aksi terbaik dan tidak memandang rendah mana-mana pasukan.

Bercakap mengenai pertemuan dengan Kemboja petang ini, Hadi Fayyadh mahu mereka menebus kekalahan kepada Kemboja pada saingan Piala AFF B-22 pada Februari lalu – Malaysia tewas 0-1.

Dalam aksi itu, Hadi Fayyadh telah diganding bersama Jafri Chew dan R. Kogileswaran di jentera serangan namun tiada sebarang gol mampu dijelmakan. Kemboja menjuarai aksi kumpulan tersebut, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir dengan enam mata.

“Diharapkan kekalahan itu tidak menjejaskan semangat pasukan. Saya ambil ia sebagai suntikan semangat untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik,” tekad penyerang berusia 19 tahun itu.

“Kita tidak boleh memandang rendah mana-mana pasukan kerana setiap pasukan ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Saya harap semua dapat berikan yang terbaik,” tambahnya lagi.

Harimau Muda memburu kemenangan ke atas Kemboja petang ini disamping mengharapkan Filipina gagal meraih kemenangan besar ke atas Timor Leste dalam satu lagi aksi terakhir kumpulan.

Mengulas mengenai tahap keyakinan pasukan selepas meraih tiga mata pertama menewaskan Timor Leste, Hadi Fayyadh menyatakan keyakinannya dan rakan sepasukan semakin meningkat.

Penyerang kelab Fagiano Okayama di Jepun itu telah meledak dua gol dalam perlawanan tersebut dan merekodkan tiga gol peribadi untuk temasya Sukan SEA 2019 di Filipina ketika ini. Satu lagi gol adalah ketika skuad negara terikat 1-1 menentang Myanmar.

“Syukur  saya dapat menjaringkan dua gol. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua jurulatih dan pemain kerana memberi komitmen 100-200 peratus,” ujarnya kepada Berita Harian.

“Ini keputusan yang baik buat kita, walaupun sebenarnya kita boleh dapat lebih banyak gol, tetapi empat ini pun saya rasa bersyukur. Saya harap kita dapat teruskan untuk aksi lawan Kemboja,” jelasnya sambil menyatakan rekod buruk dengan Kemboja perlu dilupakan.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk merebut satu lagi tiket separuh akhir akan berlangsung pada jam 4.00 petang ini dengan Malaysia menentang Kemboja dan tuan rumah, Filipina akan turun menentang Timor Leste. Myanmar sudah layak selaku juara Kumpulan A dengan mengumpul 10 mata keseluruhan.

Kredit Featured Image: Team Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN