Sukan SEA 2019: It’s Easier Said Than Done – Wan Kuzain

Prestasi hambar skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dalam kejohanan Sukan SEA telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu  tewas kepada ‘pasukan kerdil’, Kemboja pada perlawanan terakhir sekaligus tersingkir di peringkat kumpulan.

Wan Kuzain Wan Kamal, pemain berdarah Malaysia yang kini beraksi bersama Sporting Kansas City, iaitu pasukan bola sepak yang bermain di liga utama Amerika Syarikat (AS), pada awalnya dikhabarkan akan turut serta bersama skuad negara di kejohanan dwi tahunan itu.

Namun demikian pada saat-saat akhir, namanya terpaksa digugurkan di atas sebab masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan.

Dalam temubual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada Sabtu, pemain berusia 21 tahun itu  mempunyai pandangannya mengenai kegagalan pasukan Malaysia di kejohanan itu.

“Bercakap mengenai pemain Malaysia dan prestasi mereka di Sukan SEA, ya dalam media sosial orang ramai banyak bercakap mengenainya, tetapi ianya mudah untuk bercakap berbanding orang yang perlu melaksanakan.

Kredit Foto: RTM

“Bola sepak juga seperti sukan lain yang mana kita tidak tahu apa akan jadi [pada masa depan]. Pasukan bukan pilihan juga boleh menang dan bukan pasukan handalan sahaja yang akan sentiasa menang. Akhirnya, semua pasukan tetap bergantung kepada nasib.

“Tetapi saya boleh katakan masa depan bola sepak Malaysia amat cerah,” kata pemain kelahiran Illinois itu.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang berlatih bersama skuad muda negara, Wan Kuzain mengakui beliau teruja dengan kemudahan dan kelangkapan yang dimiliki oleh pasukan negara.

Kredit Foto: FAM

“Apabila saya berada bersama pasukan [Malaysia], segalanya baik dan profesional. Datuk Ong Kim Swee dan semua staf kejurulatihan begitu mengambil berat tentang pemain dan itu perkara yang saya boleh nampak pada mula berada di sana.

“Jujurnya ini adalah pengalaman pertama saya terlibat dengan bola sepak Malaysia, yang selama ini saya tidak tahu bagaimana ia berjalan dan saya sangat berminat untuk mengetahuinya.

“Jadi selepas melaluinya, saya boleh katakan ianya jauh lebih baik daripada jangkaan saya. Semuanya daripada tempat penginapan, pusat latihan dan bagaimana latihan dilakukan, segalanya hampir sama dengan apa yang saya hadapi di AS.”

Kredit Foto: RTM

Sementera itu, Ketua Editor SemuanyaBOLA, Ahmad Muzammil Mohamad Haari yang turut dijemput ke rancangan itu, ditanya sekiranya Wan Kuzain dibawa bersama pasukan ke Sukan SEA, adakah pemain itu mampu memberikan impak yang bersar kepada prestasi pasukan Malaysia.

“Saya bolehkan tentu ada impak yang besar kerana jika kita lihat, salah satu kegagalan semasa kejohanan Sukan SEA ini adalah memegang penguasaan bola. Satu perkara yang saya tahu mengenai Wan Kuzain, cara permaianannya adalah penguasaan bola. Dia tidak suka menghantar bola melulu dan dia sentiasa berfikir sebelum membuat hantaran.

“Jadi impak mungkin [berlaku] dengan adanya kualiti Wan Kuzain di bahagian tengah untuk membantu skuad negara. Tetapi ianya hanya tentang kemungkinan. Lagi elok jika menjadi realiti, tetapi apakan daya.”

Kredit Foto: RTM

Mengulas mengenai ketiadaan Safawi Rasid, Muzammil menjelaskan pemain Johor Darul Ta’zim itu sudah pun bermain lebih 50 perlawanan pada tahun ini.

“Jadi sudah tentu kita tidak mahu pemain itu dilanda kecederaan seperti mana pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai yang sudah bermain sehingga 55 perlawanan dan akhirnya mengalami kecederaan otot sewaktu membantu pasukannya di Sukan SEA baru-baru ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN