Sukan SEA 2019: Indonesia Dan Vietnam Tetapkan Semula Temu Janji Di Pentas Final

Egy Maulana Evan Dimas Indonesia Myanmar Sukan SEA 2019

Wakil Kumpulan B, Vietnam dan Indonesia mengesahkan tiket ke pentas akhir Sukan SEA 2019 apabila berjaya menundukkan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir, pada semalam.

Vietnam berjaya menewaskan Kemboja dengan kemenangan besar, 4-0 sementara Indonesia pula telah dikerah sehingga ke masa tambahan sebelum berjaya menundukkan Myanmar 4-2, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Tampil selaku pilihan mara ke final serta menjulang kejuaraan pada edisi kali ini, Vietnam gah menundukkan Kemboja hasil jaringan hatrik oleh Ha Duc Chinh dan juga jaringan Nguyen Tien Linh.

Seawal minit ke-20, Naga Emas sudah berada di depan hasil gol tandukan Nguyen Tien Linh sebelum Ha Duc Chinh meledak gol kedua enam minit kemudian, selepas berjaya menewaskan pemain pertahanan lawan, Yue Safy untuk Vietnam selesa mendahului.

Sebelum babak pertama berakhir, sekali lagi Ha Duc Chinh berjaya meledak gol dan kali ini menerusi tandukkan untuk menewaskan penjaga gol Kemboja, Keo Soksela sekali lagi di babak pertama.

Penyerang berusia 22 tahun itu melengkapkan hatriknya di minit ke-69 selepas menerima hantaran daripada sepakan penjuru. Ini adalah hatrik kedua peribadinya di Sukan SEA 2019 selepas kali pertama melakukannya ketika membenam Brunei 6-0.

Dalam aksi di sebelah petang pula, Indonesia meneruskan langkah sensasi mereka dalam edisi kali ini apabila berhasil menundukkan Myanmar yang bangkit mengejar selepas ketinggalan dua gol.

Babak pertama berlangsung tanpa sebarang gol menandakan ia satu perlawanan yang bakal sengit. Indonesia memiliki beberapa peluang untuk mencetak gol dengan hanya sekali Myanmar hadir ke kubu mereka dan berjaya membuat percubaan tersasar.

Garuda Muda terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan dua gol menerusi rembatan deras arkitek, Evan Dimas dan tandukan pemain penyerang, Egy Maulana pada minit ke-57 dan ke-72.

Minit ke-79, pemain gantian, Aung Kaung Mann meledak jaringan pertama Myanmar sebelum kesilapan penjaga gol lawan, Nadeo Argawinata terlepas bola membolehkan penyerang, Win Naing Tun menghasilkan jaringan penyamaan seminit kemudian.

Di masa tambahan, Indonesia berhasil menambah dua lagi gol menerusi Osvaldo Haay dan Evan Dimas bagi melengkapkan kemenangan 4-2 ke atas Myanmar seterusnya mara ke final Sukan SEA buat kali keenam dalam sejarah Indonesia sejak edisi 1977.

Ketika peringkat kumpulan, Vietnam menang tipis 2-1 ke atas Indonesia dan perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan ini dijadualkan akan berlangsung pada 10 Disember depan.

Kredit Featured Image: PSSI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN